Memaparkan catatan dengan label apam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label apam. Papar semua catatan

Rabu, 19 Jun 2013

Apam Ladybird

Salam.


Apam Ladybird
Sumber:Nuri

Bahan-bahan A:
3 biji telur gred B dari peti sejuk
200g gula kastor
1 tsp ovalette

Bahan-bahan B:
150g susu cair sejuk dari pti sejuk
255g tepung gandum}
1 tsp baking powder  }-diayak sekali

Bahan-bahan lain:blueberry filling,pewarna merah,pewarna hitam,papercup

Cara-cara:
1.Pukul bahan-bahan A hingga putih & kembang.Dia akan jadi agak likat.
2.Masukkan susu sedikit demi sedikit.Pukul rata setiap kali susu dimasukkan.
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit.Pukul dengan kelajuan perlahan & betul2 sebati
   baru masukkan tepung lagi.
4.Ambil lebih kurang 3 senduk adunan & letak kaler hitam.Ambil dua senduk lagi adunan
  &masukkan terus dalam piping bag.Yang lain tu letak kaler merah.
5.Guna sudu kecil,isikan adunan merah ke dalam acuan (isi 1/2 je).Picitkan blueberry filling.
   Masa ni bolehlah panaskan kukusan.
   Tutup filling dengan adunan kaler merah.Isi dengan separas dengan cup kertas.


6.Proses hendak lukis Ladybird.Ambil piping bag berisi adunan kaler hitam.Picitkan/buat garis
   seperti pic di bawah.



Kemudian buat dot-dotlah ikut banyak mana dot2 nak.Kemudian ambil piping bag berisi
adunan ori,paipkan dot kat atas untuk buat mata dia.Kemudian ambil piping bag kaler
hitam,paipkan kat tengah-tengah dot yg kaler putih tu...jadi la mata dia.


7.Kukus selama 15 minit dengan api sederhana.

Nota:
*penutup kukusan kena lapik/balut dg kain towel bersih supaya air tak menitik atas permukaan
  apam.
*Terima kasih banyak-banyak Nuri sebab sudi bagi step by step apam Ladybird.


Sorry....ada jerawat.Selamat mencuba.

Isnin, 23 April 2012

Bolu Kukus Pulut Hitam

Selamat petang dan salam manis kepada semua.Apa khabar semuanya? Dah siap minum petang k? Kalauada yang belum minum petang..sempat lagi buat Bolu Kukus Pulut Hitam ni utk minum petang..



Bolu Kukus Pulut Hitam

Bahan:
2 biji telur
200g gula pasir
1/2 sudu besar ovalet
1/4 sudu teh garam
225g tepung gandum*
50g tepung pulut hitam*
1/2 sudu teh baking powder*
225ml minuman bersoda manis

Cara:
1.Putar telur,gula pasir,garam dan ovalet hingga kaku selama 10 minit.
2.Masukkan tepung berselang seli dengan minuman bersoda sambil digaul rata.
3.Sudukan ke dalam acuan yang dilapis kertas cawan hingga 3/4 penuh.
4.Kukus selama 15 minit dengan api besar.

*Ayak bersama bahan bertanda*

Enjoiii...

Rabu, 14 Mac 2012

Apam Kukus Mekar Cola

Selamat pagi semua,semoga sihat dan ceria selalu bersama insan yang tersayang.Pagi ni Rahel nak lanjutkan lagi cerita semalam bab resepi apam cola yang termekar..mungkin ada yang ternanti-nanti akan resepinya dan teringin mencuba..silahkan mencuba..buat banyak-banyak yer...


Apam Kukus Mekar Cola
Sumber:Sedap

Bahan:
2 biji telur L
1/4 sudu teh garam
150g gula kastor
50g gula merah (saya guna brown sugar)
1/2 sudu besar emulsifier (ovalete)
275g tepung gandum
15g susu tepung
1/2 sudu teh serbuk penaik
225ml coca-cola (saya guna cola dr pt sejuk)
50g cip coklat mini

Cara:
1.Pukul telur,garam,gula pasir,gula merah dan emulsifier sehingga kaku selama 10 minit.
2.Masukkan tepung gandum,susu tepung dan serbuk penaik sambil diayak berselang seli
   dengan minuman coca-cola sambil dipukul perlahan.Masukkan cip coklat dan kacau
   rata.
3.Sudukan adunan ke dalam acuan apam kukus bersaiz sederhana yang telah dilapiskan
   dengan kertas kalis minyak (saya guna cawan kertas).
4.Kukus selama 10 minit dengan api besar sehingga masak.


Enjoiii...

Khamis, 9 Februari 2012

Apam Oren Mekar

Selamat petang semua..dah siap minum petang k?..kali ni Rahel nak share pulak resepi apam yang sempoi tapi sedap..sebenarnya Rahel tak tau nak bagi nama apa kat resepi kali sebab resepi asal menggunakan pisang..mula-mula tengok resepi kat Fb group HIDANGAN SEDAP..nama dia Apam Pisang Mekar yang dipostkan oleh Ida Azida,pastu mulalah mencari tuan punya resepi..cari punya cari rupa2nya resepi tu bersumber dari Kak Reen Khan,so Rahel pun cari2 la resepinya kat dapur Kak Reen,cari punya cari..rupa2nya lain nama apam pisang tu..nama dia ''Apam Pisang Sempoi'' tak percaya? hmm..tengok kat Dapur Reen Khan memang sempoi kan?..hehehe..dan untuk pengetahuan korang semua..kali ni Rahel gantikan pisang tu dengan oren (limau mandrin),faham2lah..skarang masih banyak lagi stok buah limau mandrin kat umah ni,jadi harus dipelbagaikan dan kebetulan pulak jumpa resepi apam pisang yang sempoi ni untuk dijadikan rujukan..memang mudah penyediannya..dan sedap di makan.


Ok lah,banyak cakap sudah ni..kita teruskan pulak pada resepi apam oren mekar ni,ampun Kak Reen sebab gue udah tukar tajuk resepi ni..len kali nak buat yang apam guna pisang tu..terima kasih banyak-banyak atas perkongsian resepinya..ijinkan gue share skali lagi kat sini...

Apam Oren Mekar

Bahan:
1 cawan isi oren (limau mandrin) yang sudah dibuang kulit,biji dan empulur
1 cawan jus oren (limau mandrin)
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum}
1 sudu makan baking soda,diratakan},ayak bersama (Rahel guna 1 sudu teh bkg soda)
2 sudu kecil garam
kismis (tak letak)
1 sudu besar minyak masak (yg ni gue tambah sendiri)

Cara:
1.Campur semua bahan dan gaul sebati,kemudian perap 2 jam (Rahel tak perap)
2.Masukkan dalam papercup,kukus selama 15-20 minit.

Nota:Minyak masak dimasukkan akhir sekali,kemuadian gaul rata adunan.

Selasa, 10 Januari 2012

Bolu Kukus Pelangi

Selamat bertemu kembali,malam  ni singgah skejap kat  sini untuk hilangkan boring sambil tu  naak letak jugak resepi bolu yang cantik dan mekar  ni.Satu hari kalau tak ada kerja memang macam orang bengong kat umah..ke hulu ke hilir je dalam rumah.Oklah,Rahel letak dulu picture and resepinya ek..teruskan skroll ke  bawah,tp cara-cara membuatnya ikut cara Rahel ek...senang nak faham...




Ok,kita mulakan sesi menulis resepi untuk bolu kukus pelangi...baca betul-betul..

Bolu Kukus Pelangi
Sumber:Kitchenfun

Bahan:
2 biji telur (Rahel guna telur saiz L)
200g gula kastor (Rahel kurangkan ke 170g)
2 sudu teh emulsifier/ovalet
275g tepung gandum}
secubit garam},satukan (Rahel ayak 2x)
200ml air soda (Rahel guna coca cola sejuk dr pt sejuk)
pandan paste,strawberry paste (Rahel gantikan dengan 4 macam pewarna)

Cara:

*Satukan dalam mangkuk;telur,ovalet,gula kaster,kemudian pukul sehingga
  kental (soft peak,bila adunan dalam mangkuk ditebalikkan adunan tak jatuh,
  yang ni memakan masa 15-20 minit,terpulang jenis hand mixer).

*Masukkan sedikit demi sedikit tepung bergantian dengan air soda sambil di
  pukul terus (yang ni jangan berhenti tau selagi tepung dan air soda tak abis)
  hingga rata (kalau boleh,teruskan pukul lagi selama 2 minit).

*Bahagikan kepada beberapa bahagian,kemudian letaklah pewarna kegemaran
  anda.Mulailah panaskan air dalam periuk pengukus (setelah air mendidih,biar-
  kan air tu terus mendidih lebih kurang 5 minit,agar betul2 banyak wapnya).

*Setelah selesai proses mewarna,sudukan adunan berwarna berselang seli ke dlm
  acuan yang sudah di alas kertas cawan (isi hingga penuh,jangan takut tumpah).

*Kukuslah adunan kuih bolu dengan api kuat selama 15 minit (jangan terlebih,
  nanti kecut dan jangan lupa balut tudung periuk dengan tuala bersih semasa
  mengukus kuih bolu).



Selamat mencuba...

Ahad, 18 Disember 2011

Bahulu Mekar

Selamat malam semua..apa khabar? dah siap makan malam k? hari ni Rahel tak ke mana-mana,duduk rumah  je ngadap  laptop sambil cari-cari entry yang belum lagi dimasukkan  ke sini,so terjumpa la pulak pic bahulu mekar ni  kat browser..jadinya ya ditayang lagi kat sini.


Sebenarnya  Rahel dah  berkali-kali buat bahulu mekar ni sebab cara  penyediaannya tersangatlah mudah dan hasilnya pun memang sedap dan semestinya mekar setaman.Haa..kalau tak percaya..buat sendiri baru tau..mekar ke bantat ke...sendiri  juga yang ngap...oklah,jika  berkenan di hati...silahkan  jalan-jalan ke SINI  untuk tengok resepi.




Selamat menjamu mata....daaa..

Ahad, 4 Disember 2011

Steamed Coconut Blossoms

Selamat bertemu kembali,semoga semuanya sentiasa sihat dan ceria selalu.Kali ni Rahel teringin lagi nak share satu resepi apam yang lembut dan gebu,sedap dihidang untuk  sarapan dan juga  minum petang.Tapi  sebelumnya Rahel nak bagi kamu orang tau yang  apam ni sebetulnya dikukus tapi Rahel malas nak kukus,so Rahel bakar jer dalam oven..senang kerja..tak payah nak  tunggu2 kat dapur..dan hasilnya tetap ok banget..sedap dan sentiasa lembut..gebu jugak..




Oklah kawan-kawan ni aje resepi apam yang sedap ni..Rahel letak resepi sesuai dengan yang ori..takde ubah suai...yang dikukus kepada bakar je yg tak sama..& adunan pun Rahel tak letak kaler..kecuali yang se-dot kat atasnya tu..hehe..


Steamed Coconut Blossoms
Resepi:Rossya Fotopage

Bahan A:
3 biji telur sejuk
220g gula halus
275g softasilk (Rahel guna tepung gandum)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette
140g coconut cream (Rahel guna 200ml susu cair)

Bahan B:
50g gula
125g gula melaka
1 sudu kecil corn flour dibancuh dengan 50g air
3 helai daun pandan
225g kelapa parut

Cara:

Semua bahan-bahan A dipukul dengan high speed.Bahagikan kepada beberapa
bahagian lalu diwarna mengikut kegemaran anda.Masukkan sedikit adunan ke
dalam acuan kemudian bubuhkan fillingnya lalu ditutup lagi dengan adunan te-
pung.Kukuslah selama 15 minit.

Bahan-bahan untuk filling hendaklah disatukan lalu dimasak hingga kering.


Selamat mencuba..daaa..

Khamis, 17 November 2011

Apam Pisang

Selamat pagi kepada semua..apa khabar hari ni? sihat k? ada yang blm siap sarapan lagi? jom join Rahel sarapan...pekena apam pisang lagi ni..sedap dihidang bersama minuma panas.


Kali ni Rahel buat apam ikut resepi sendiri,dah selalu guna resepi orang kan,skarang la masanya untuk mencuba air tangan sendiri..syukurlah menjadik jugak apamnya..siap mekar skali..


Apam pisang ni Rahel buat pepagi lagi..nak buat untuk sarapan,so sampai skarang masi ada rasa kenyang lagi..hehehe..oklah kawan-kawan..ini aja yang Rahel dapat kongsikan pagi ini..silahkan ditengok resepinya ek..

Apam Pisang
Resepi:Rahel

Bahan:
120g pisang ranum,dilenyek halus
100g gula pasir
150g tepung naik sendiri
1/4 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen pisang/vanila
1 biji telur B,dipukul sedikit
1 sudu besar minyak masak
50ml susu segar/susu cair
sedikit pewarna kuning

coklat nutella untuk inti

Cara:
1.Satukan semua bahan dalam mangkuk.Gaul sebati.
2.Tuangkan 1 sudu makan adunan ke dalam acuan,kemudian beri 1/2
   sudu kecil inti,tuangkan lagi adunan di atasnya hingga 90% penuh.
3.Kukus apam selama 15 minit dengan api kuat.

p/s:
*panaskan air dalam periuk pengukus hingga betul2 mendidih baru
  masukkan apam & kukus.
*balut tudung periuk dengan kain/tuala bersih agar apam tidak ter-
  kena wap.


Selamat mencuba..daaa.

Ahad, 28 Ogos 2011

Apam Gebu




Bahan:
250g tepung gandum}
1 st baking powder},ayakkan
175g gula kastor
140ml santan pekat
1 st ovallet
1 st esen vanila
3 biji telur B
sedikit pewarna (pilihan)

Cara:
1.Pukul telur,gula kastor,ovalet sehingga kental selama 10 minit.

2.Masukkan esen vanila.Gaul rata.

3.Kemudian masukkan tepung berselang-seli dengan santan.Gaul rata.

4.Warnakan adunan.

5.Sudukan ke dalam acuan apam 80% penuh.
Kukus selama 15 minit dengan api sedang.

Selasa, 23 Ogos 2011

Apam Durian


Apam Durian
Sumber:Internet

Bahan:
80g isi durian,dihaluskan
200g gula kastor
200g tepung gandum +1 st serbuk penaik,ayakkan
100ml air
2 st ovalet
2 biji telur gred A
sedikit pewarna (pilihan)

Cara:
1.Panaskan kukusan,siapkan acuan apam.

2.Pukul telur,gula,ovalet sehingga kembang selama 10 minit.

3.Masukkan durian.Putar rata.
Masukkan air.Putar rata.

4.Masukkan tepung sambil dikacau hingga rata.
Warnakan.Sudukan ke dalam acuan 3/4 penuh.

5.Kukus dengan api sederhana kuat selama 13 minit.


Jumaat, 19 Ogos 2011

Apam Pisang

Salam manis..


Apam Pisang
Sumber:Internet

Bahan:
200g pisang berangan,dilenyek halus
150g tepung gandum
100g gula kastor
2 st baking powder
1/8 st soda bikarbonat
2 biji telur A
75ml minyak masak


Cara:
1.Pukul telur dan gula sehingga kembang selama 15 minit.
2.Masukkan pisang halus.Kacau rata.
3.Masukkan tepung berselang seli dg minyak.Kacau rata.
4.Sudukan ke dlm acuan 3/4 penuh.
5.Kukus selama 15 minit.


Enjoiii...

Rabu, 17 Ogos 2011

Apam Tapai Ubi

Selamat bertemu kembali di blog Rahel ni.Semoga teman-teman semua sentiasa sihat dan ceria selalu.Hmmm....hari ni dapat lagi saya merasa apam yang enak banget,lama sudah kepingin mo buat tapi asyik tertunda jak bab tunggu musim tapai ubi...hehehe..sebenarnya boleh jugak buat sendiri di rumah,tapi penyakit malas melanda diri 'tuk mo bikin tapai ubi,jadi yah...beli aja tapai ubinya..Becakap pasal apam tapai ubi ni memang sedap sangat2..ada rasa yang tersendiri..Nda' mo cerita banyak lagi...jom salin resepi..


Apam Tapai Ubi
Sumber:Internet


Bahan:
200g tapai ubi,toskan dan haluskan
150g tepung gandum+2 st BP+1/8 st SB,ayakkan
2 biji telur B
90g gula kastor
75ml minyak jagung/minyak masak

Cara:
1.Pukul telur dan gula sehingga kembang selama 8 minit.
2.Masukkan tapai ubi halus.Putar rata.
3.Perlahan-lahan masukkan tepung dan minyak secara berselang-seli sambil
   digaul rata.
4.Sudukan ke dalam acuan apam/muffin yang dialas dg papercup hingga
   penuh (90%).
5.Kukus selama 17 minit dengan api yang kuat.



Jumaat, 12 Ogos 2011

Apam Dot-dot

Bahan:
250g tepung gandum*
200g gula kastor*
2 st baking powder*
250ml susu segar/susu cair
3 biji telur
2 st ovalet
1 st esen vanila
sedikit pewarna (pilihan)

Cara:
1.Ayak bersama bahan bertanda*.Siapkan acuan.
2.Putar telur,gula,ovalet sehingga kembang selama 10 minit.
3.Masukkan bahan ayak berselang seli dengan air susu,kacau sebati.
4.Ketepikan sedikit adunan & beri warna (utk dot2).Panaskan air dlm periuk pengukus hingga mendidih.
5.Sudukan adunan 3/4 penuh dan dot2kan.Balut tudung periuk dengan tuala bersih.
6.Kukus apam selama 15 minit.


Apam Durian


Salam...

Apam Durian
Sumber:Internet

Bahan:
120g isi durian,lenyek halus
200g tepung gandum
160g gula pasir
2 st ovalet
100ml air minuman bersoda
2 biji telur gred A
sedikit pewarna kuning

Cara:
1.Putar telur,ovalet,gula sehingga kembang/kaku.
2.Masukkan isi durian dan air minuman bersoda.Putar selama 1 minit hingga
   rata.
3.Masukkan tepung gandum & putar lagi 1 minit hingga rata.Warnakan.
4.Isi ke dalam acuan lompang/muffin yg dilapik dg kertas cawan (isi penuh).
5.Kukus selama 15 minit dengan api kuat.
Selamat mencuba.