Sabtu, 13 Ogos 2011

Moist Chocolate Ganache

Selamat bertemu kembali...semoga sihat semuanya..kali ni Rahel nak share pulak kek coklat yang moist..ditambah dengan ganache..memang sodap hingga menjilat jari..



Moist Chocolate Ganache
Resepi:Rahel


Bahan:
240g tepung gandum*
60g serbuk coklat*
1 st serbuk penaik*
1 st soda bikarbonat*
3 biji telur B
150g gula kastor
240ml susu pekat manis
230ml minyak masak
240ml air panas

Ganache:
130g coklat masakan,potong kecil-kecil
200ml whipping cream
2 sdb madu,utk membuat ganache kelihatan shining

Topping:
50g coklat masakan,disagat



Cara:
1.Panaskan oven 170'C.Siapkan acuan bulat 9".Griskan dan alas dg bkg
   paper.
2.Ayak bersama bhn bertanda* ke dlm mangkuk besar.Ketepikan.
3.Dalam bekas yang lain.Guna handwhisk,pukul telur,susu pekat manis,gula
   sehingga sebati.
4.Masukkan campuran tepung tadi dan gaul sebati.
5.Masukkan minyak dan air panas.Kacau perlahan hingga sebati dan kelihatan
   mengkilat.
6.Tuangkan ke dlm acuan dan bakar selama 1 jam.Bila kek sudah masak,biar
   kan sejuk dulu baru diberi ganache & topping.

Untuk membuat ganache:
1.Panaskan whipping cream hingga mendidih,kemudian tuangkan ke dlm
   mangkuk berisi 130g potong coklat masakan.Kacau perlahan hingga rata.
2.Masukkan madu,kacau rata hingga nampak mengkilat.Tuang ganache ke
   atas permukaan kek secara perlahan-lahan.
3.Akhir sekali taburi dg hirisan coklat.Siap.

2 ulasan:

  1. meleleh air liur tengok kek ni.. bestnye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syazana,kalau dah meleleh tu..kena la buat keknya..bole juga merasa..hehe..

      Padam