Ahad, 1 Januari 2012

Kek Kalamansi

Selamat petang dan selamat tahun baru 2012 kepada semua,semoga semakin sukses dan sihat selalu.Kali ni lepak sejak kat blog..saja nak share resepi kek kalamansi yang Rahel buat untuk menyambut tahun baru..semoga korang semua suka dengan kek ini...


Kek Kalamansi
Resepi:Rahel

Bahan:
6 buah kalamansi diambil jusnya*
150ml minyak masak*
3 biji telur*
200g tepung naik sendiri
150g gula kastor*
1/2 sudu teh esen vanila*

sedikit pewarna hijau
nutella secukupnya untuk inti kek


Cara:
1.Satukan bahan bertanda*,kemudian blender hingga halus.
2.Tuang ke dalam mangkuk.Ayakkan tepung naik sendiri sambil digaul
   hingga rata.Bubuh pewarna hijau.Bahagi kepada 2 bahagian.
   (gunakan 2 loyang 4x6" untuk membakar kek).
3.Tuankan adunan ke dalam loyang 4x6".Bakar selama 20 minit pada
   suhu 170'C.
4.Setelah kek masak,biarkan sejuk kemudian sapu dengan nutella dan tindik
   kan dengan kek yang satu lagi.Bubuh topping cream cheese di perukaan.
  dan corakkan ikut kreativiti anda.

Topping Cream Cheese
120g cream cheese
3 sudu besar madu
1/2 sudu teh esen vanila

sedikit pewarna biru

Cara:
1.Pukul cream cheese hingga lembut,tambahkan madu,esen vanila dan pukul
   lagi hingga rata.Bubuh pewarna biru dan gaul rata.Sapukan pada permukaan
   kek.



Selamat mencuba..

10 ulasan:

  1. salam rahel...buah kalamansi tu cmner, Liza xkenal la...hihihihi

    BalasPadam
  2. ooo dari buah kalamansi ye. air kalansi pun sedap. apatah pulak dijadikan kek. wah

    BalasPadam
  3. buah kalamsi tu mcm mana..?? leh letak gambar tak rahel..??

    BalasPadam
  4. kalamansi tuh buah limau kasturi kerr?

    BalasPadam
  5. ahaks...limau kasturi rupanya..
    baru ku tahu..hehehehe

    BalasPadam
  6. Hmm...Liza..sowi la ..lambat terjawab..buah kalamansi tu ialah limau kasturi...hihihi..

    BalasPadam
  7. Kak Izah...
    saje jer Rahel cuba buat kek ni guna jus kalamansi..memang sedap gak..dah dekat2 ngan rasa Red Velvet Cake..

    BalasPadam
  8. Sally Rashid and Chikadakbiru...
    buah kalamansi ialah buah limau kasturi...hehe..

    BalasPadam
  9. resepi yg menarik..nmpk cantik gebu jer kek kalamansi tu

    BalasPadam
  10. Tima kasi IZA AKMA...
    simple tapi sedap gitu..

    BalasPadam