Jumaat, 23 Mac 2012

Gula Melaka Chiffon Cake

Salam manis kepada semua yang sudi singgah menjengah dapur adunan Rahel yang tak seberapa ni,semoga semua sihat dan ceria selalu.Semoga repi kali ni serasi dengan selera anda semua...





Gula Melaka Chiffon Cake
Resepi asal:Kevin Chai

Bahan Kuning Telur:
6 biji kuning telur
150g gula melaka
100ml santan
4 sudu besar minyak masak
1/4 sudu teh garam
140g tepung gandum

Bahan Putih Telur:
6 biji putih telur
1/4 sudu teh cream of tartar
50g gula kaster

Cara:
1.Untuk menyediakan adunan kuning telur,cairkan gula melaka bersama santan dengan
   api perlahan.Angkat dan tuang ke dalam mangkuk.Biarkan sejuk.
2.Tambahkan kuning telur,minyak masak dan garam,kacau rata.Tambahkan tepung
   gandum sambil diayak ke dalam mangkuk adunan.Gaul rata.Ketepikan.
3.Untuk menyediakan meringue,putar putih telur bersama cream of tartar sehingga kembang
   tambahkan gula kaster sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kaku (frothy and stiff-
   peaks form).
4.Masukkan adunan putih telur secara bertahap (3x) ke dalam adunan putih telur sambil
   dikaup balikkan hingga rata.
5.Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar pada suhu 165'C selama 45 minit atau sehingga
   masak.
6.Setelah masak,keluarkan dari oven dan terbalikkan kek selama 5 minit kemudian ter-
   balikkan semula.Biarkan sejuk.Lorekkan tepi loyang dengan pisau dan keluarkan kek
   dari loyang.


Selamat mencuba..

14 ulasan:

  1. sedapnya tgk kek chiffon ni Rahel....gebus jer.saya tapau bawa blk sikit yer...hehe

    BalasPadam
  2. Cantik teksturnya.... Rahel, nak makan sepotong di sini ye, jangan lupa minuman panas secwan, nak tolak masuk lolos tekak...he he hehh

    BalasPadam
  3. rahel , gula malaka itu semacam gula merah/ gula palemkah

    BalasPadam
  4. jamu mata pepagi2 nie..........
    saya?....bilalah agaknya nk wt kek nie yerk?....

    BalasPadam
  5. Mba Asri,maaf lambat jawab,benar gula melaka semacam gula palem...

    BalasPadam
  6. Myda..kalau ada senang boleh la buat kek...senang jer..

    BalasPadam
  7. Thanks Kak Amie,boleh aja...

    BalasPadam
  8. thanks Nieza...nak tapaw berapa slice?

    BalasPadam
  9. Rahel,

    Saya dah buat kek nin pagi ni.
    SE....DAP... sgt !!!.
    terima ksih sbb share resepi ni ya.

    rashidah

    BalasPadam
  10. Thanks rashidah krn sudi mencuba...syukurlah keknya sedap..hehe..

    BalasPadam
  11. tumpang tnya,ade tk bahan lain yg boleh gantikan cream of tartar?

    BalasPadam
  12. bole juga takletak cream of tartar..

    BalasPadam