Khamis, 15 Mac 2012

Kek Sarang Lebah

Selamat bertemu kembali...silahkan tinjau-tinjau resepi Kek Sarang Lebah...


Kek Sarang Lebah
Sumber:Nita

Bahan:
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 sudu besar mentega

Cara:
1.Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.Masukkan air dan kacau hingga cair.
2.Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.
3.Pukul 4 biji telur sehingga kembang dan pekat.
4.Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
5.Ayak tepung dan soda.Masukkan sedikit demi sedikit.Akhir sekali masukkan gula hangus
   tadi,kacau rata.Perap adunan 3-4 jam.
6.Bakar pada suhu 170'C selama 45-60 minit.

Note by Rahel:
*Adunan kek ini boleh dikukus selama 1 jam atau sehingga masak.



Enjoiii...

9 ulasan:

  1. woi..sedanynnnnnnnn tengok kek ni..moist..mesti cuba.. terimakasih sharing the receipe

    BalasPadam
  2. Rahel.. Tq.. Resepi ni mcm lebih kurang yg saya pernah try bfor berblog dulu. Diperap 3 jam dan telurnya dipukul kembang. Apa pun tq share resepinya ya .. :-)

    BalasPadam
  3. sama2 Izah,tapi Rahel tak pukul telur tu sampai kembang dan pekat,hanya pukul telur guna hand whisk je lebih kurang 1 minit,pastu terus guna dalam adunan tu,kadang Rahel tak perap gak adunan ni,terus bakar/kukus je.

    BalasPadam
  4. sama2 Norhanim..silahkan dicuba..

    BalasPadam
  5. sedapnya....
    dulu ada pernah wt jugak tp x jd sarangnya.....

    BalasPadam
  6. Myda..kena buat lagi la kan...

    BalasPadam
  7. hello Mel,this cake can be bake or steamed.

    BalasPadam
  8. Salam
    Kalau tak ada.marjerin atau butter, boleh tak?

    BalasPadam
  9. Salam
    Kalau tak ada.marjerin atau butter, boleh tak?

    BalasPadam