Khamis, 19 Januari 2012

Puding Pisang Lapis Kek

Selamat bersiaran di dapur yang dipenuhi kek...hehehe..saje tayang puding pisang di tengah hari yang panas ni..biar korang yang nampak tu..hauss...sebenarnya puding ni Rahel buat semalam lagi,tapi letak kat peti sejuk..dan tengah hari ni baru ditesting2..



Kekadang tu kena pelbagaikan jugak resepi puding dan kek ni baru la menarik perhatian kan?..so Rahel cuba la cara  yang ni pulak..memang simple sangat cara-cara penyediannya dan bahan-bahan yang kita guna pun memang mudah je..



Ok lah,pada yang dah haus tengok puding pisang ni..boleh aje mencuba resepi yang ada kat sini atau korang ada resepi agar2/puding gak yang boleh digandingkan ngan kek..memang mantap rasa dia...percayalah..korang mesti suka banget...layan dulu..

Chocolate Sponge Cake
Resepi:Alex Goh

Bahan A:
4 biji kuning telur
20g gula

Bahan B:
4 biji putih telur

Bahan C:
100g gula

Bahan D:
95g tepung
15g serbuk koko

Bahan E:
70g mentega cair

Cara:
1.Pukul (A) hingga ringan dan gebu.
2.Putar (B) hingga kembang.Masukkan (C) dan pukul lagi hingga kental.
3.Campurkan meringue dengan (A) sehingga sebati.
4.Masukkan (D) yang telah diayak dan kaup balikkan dengan rata.
5.Masukkan (E) dan kaupkan dengan sempurna.
6.Tuangkan adunan ke dalam acuan bulat 8".Bakar pada suhu 190'C selama
   15 minit.Keluarkan kek dengan segera setelah masak.


*griskan acuan spring foam 8" dan lapik dengan kertas plastik.
*hiris nipis kek dan letakkan 1 lapisan dalam acuan spring foam 8".


Puding Pisang
Sumber:Rahel

Bahan:
1 paket serbuk agar-agar (10g)
3 cawan susu rendah lemak/santan
3 buah pisang berangan,dilenyek halus
5 sudu besar gula pasir

Cara:
1.Masak susu rendah lemak,serbuk agar-agar,esen vanila,gula hingga mendidih.
2.Masukkan pisang yang sudah halus,masak lagi sehingga mendidih.
3.Angkat dan biarkan suam-suam kuku selama 1 jam.Kemudian tuangkan adunan
  Puding pisang ke dalam acuan yang berisi kek tadi.
4.Biarkan sejuk sepenuhnya baru letak dalam peti sejuk selam 2 jam.Hidang.



Selamat menikmati Puding Pisang Lapis Kek...

8 ulasan:

  1. kak cek amik dah resepi thanks Rahel...:)

    BalasPadam
  2. tgk pun dah tau sedap...kalau rahel dok dekat, kompem tiap2 hari liza g sana...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh aje Liza,Rahel suka banget ada kawan makan...hehe..

      Padam
  3. As'salam Rahel

    Selamat pagi, maaf k.ct baru sempat nak ziarah ni. semalam sibuk mengemas tambah2 anak dara balik bercuti ni. Jadi sibuklah kemas2 bilik dia dan bilik anak2 bujang yang bersepah2 tuuuu..hihi

    wahhh..nampak sangat sedap ni Rahel, kenapa ya rajin sangat buat yang sering buat perut bergelora mintak diisi..hehehe. udah habis ya Rahel, wadohhh..tinggalkan sedikit lain kali untuk k.ct rasa2 ya..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam Kak Ct
      takpe...no hal punya..Rahel faham keadaan akak.

      Rahel ada gak tinggalkan 2 potong puding utk akak..

      Padam
  4. nampak sedap dan menarik..nanti nk try la:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang menarik perhatian Nieza...silahkan dicuba..

      Padam