Jumaat, 20 Januari 2012

Kek Cawan Pandan

Selamat  pagi kepada  semua..apa khabarnya  pagi ini? harap  korang semua sihat..Kali ni Rahel nak share lagi satu resepi kek cawan perisa pandan  yang sangat sedap,resepinya Rahel ambik dari buku resepi & Rahel suka sangat dengan kejadian kek ni.


Kalau korang berminat dengan kek cawan pandan ni,silahkan tinjau-tinjau resepinya kat bawah tu...baca betul-betul ek...jom...

Kek Cawan Pandan
Sumber:Buku Resepi

Bahan:
250g mentega
230g tepung kek}
2 sudu teh serbuk penaik},diayak (A)
180g gula kastor
30g air susu
4 biji telur gred A
2 sudu teh emulco pandan
sedikit pewarna hijau epal


Cara:
1.Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang dan berkrim.
2.Masukkan telur sebiji-sebiji sambil dikacau hingga sebati.
3.Kemudian masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti dengan
   air susu.
4.Akhir sekali masukkan emulco pandan dan pewarna hijau.Gaul sebati adunan
   tersebut.
5.Susunkan cawan kertas dalam tin muffin lubang 12.
   Sudukan adunan ke dalam cawan kertas.Isikan 3/4 penuh.Bakar dalam ketuhar
   pada suhu 180'C selama 25 minit.



Selamat mencuba...

4 ulasan:

  1. sedapnya nampak. rahel..akak copy yek..yekkk! hehe, tq dear!

    BalasPadam
  2. WoW!...kak cek nak jugakkkkk...bau harum pandan sampai ke dapo kak cek ni...tak dpt makan...kempunan ni tau..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe..tajam juga hidung Kak Cek ek..bolehnya terhidu bau kek pandan...hehehe...

      Padam