Isnin, 19 Mac 2012

Devil's Food Chocolate Cake

Selamat bersiaran kembali,semoga semuanya dalam keadaan yang sihat dan ceria serta bahagia bersama insan yang disayang.Kali ni Rahel nak share lagi satu kek coklat  yang tengah hot skarang kat blog kawan-kawan,ni pun hasil godaan dari seseorang..huhuhu..akhirnya ko berjaya gak goda gue..




Baeklah,pada yang teringin mencuba dan merasakan keenakan Devil's Food Chocolate Cake ni Rahel sertakan skali resepinya kat sini.Terima kasih Kak Anymz kerana menggoda Rahel dengan kek yang sodap ni,pinjam resepi ek..jeng jeng jengg...

Devil's Food Chocolate Cake
Sumber:Kak Anymz 

Bahan:
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
3/4 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula perang
65g mentega
1 biji telur gred besar
1 sudu teh vanili ekstrak
1/4 cawan butter milk
1/2 cawan air suam

Cara:                   
1.Setkan oven 170'C.Siapkan tin kek anda.
2.Ayak tepung,koko,soda bikarbonat dan garam,ketepikan.
3.Pukul mentega dan gula sampai ringan dan mengembang,tambah telur.Putar rata.
4.Masukkan campuran tepung berselang seli dengan butter milk dan air suam dengan
   cara bertahap (3x).Tambahkan vanila ekstrak.Gaul rata.
5.Tuang ke dalam tin dan bakar kek pada suhu 170'C selama 1 jam.

Cream Cheese Frosting:
250g cream cheese (biarkan pada suhu ruang selama 20 minit)
125g mentega (biarkan pada suhu ruang selama 20-30 minit)
1 cawan gula aising,kurangkan ke 1/2 cawan jika tak suka manis
1 sudu teh vanila ekstrak
*Pukul bahan di atas hingga creamy sahaja.

Chocolate Ganache:
200ml double cream (Rahel guna dairy whipping cream)
250g coklat gelap,dicincang sampai halus
sedikit garam

Cara:
1.Secara double boiler didihkan cream hingga panas.Tambahkan coklat dan sedikit
   garam,kacau rata.Bila semua sudah cair,angkat dan sejukkan dulu baru sapukan
   frosting cream cheese dan tuangkan chocolate ganache di atasnya.



Selamat mencuba...

6 ulasan:

  1. salam rahel...nmpk menarik kek tu, deko pun cantik jer,terliur pulak....hihihihii

    BalasPadam
  2. Wsalam Liza,thanks...pasni awak kena buat pulak..ehehe..

    BalasPadam
  3. mauu..cantik cake nya.. lain kali melly buat pake cream cheese frosting juga.

    BalasPadam
  4. sedapnyaaa...bagaikan terasa coklat ganache tu lalu kt tekak nie....rahel org yg ke 3 saya tgk buat kek nie....memang menggoda betul ler...tp x berkesempatan nk buat...psssttt rahel...kalau pinjam resepi kena pulangkan balik pd tuan dia..haahha

    BalasPadam
  5. Alahai terliur kami dibuatnya... Rahel, nak sikit.. hehe

    BalasPadam
  6. Sis guna apa utk menjadikan background yg gelap ni

    BalasPadam