Jumaat, 5 April 2013

Kek Coklat Amerika

Selamat petang...jom jamu mata...


KEK COKLAT AMERIKA
Sumber:Bicara Kek/Wendy Kor

Bahan A:
20g coklat emulco
50g serbuk koko
200ml air suam

Bahan B:
250g mentega
300g gula kastor
1/2 sudu teh garam

Bahan C:
240g telur
1 sudu teh esen vanilla

Bahan D:
250g tepung paling halus
1/2 sudu teh serbuk soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik

Cara-cara:
1.Campurkan semua bahan A dan kacau hingga sebati.Ketepikan dahulu.
2.Pukul bahan B sehingga kembang dan berbentuk krim lalu masukkan bahan C.
3.Masukkan bahan D dan A dan gaul hingga sekata.
4.Tuangkan campuran kek ke dalam acuan bersaiz 9" yang sudah digris.Bakar dalam ketuhar
   yang sudah dipanaskan pada suhu 170'C selama 50-60 minit.
   Biarkan kek menyejuk setelah masak.
5.Potong kek coklat kepada 3 lapisan.Sapu coklat cair di antara lapisan kek dan susun elok.
   Salutkan seluruh kek dengan coklat cair dan hias sesuai kreativiti masing-masing.
6.Sejukkan di dalam peti sejuk untuk beberapa jam sebelum dihidang.

GANACHE

Bahan-bahan:
50g sirap kencana (glucose syrup)
500g dairy fresh cream
500g coklat masakan
50g mentega

Cara-cara:
1.Masukkan semua bahan dan double boil sehingga cair.Biarkan ia semalaman pada suhu bilik
   atau sejukkan di dalam peti sejuk untuk satu jam.Siap.


Enjoi...

4 ulasan: