Salam malam kepada sahabat semua...harap korang belum tidor lagi..hehe.Sesuai dengan janji Rahel tadi..resepinya akan dishare kat sini..so bolehlah korang cuba pulak dan untuk Rainbow Cake yang pertama ni Rahel gunakan resepi dari KOMPILASI HIDANGAN KEK,memang sedap dan lembut kek dia..tapi dalam buku resepi tertulis KEK PELANGI dan hanya menggunakan beberapa pewarna sahaja.
Oklah,kita teruskan pulak kepada menulis resepi Rainbow Cake..layannn...
Rainbow Cake/Kek Pelangi
Sumber:Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria
Bahan:
250g mentega
220g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik},diayak (A)
200g gula kastor
4 biji telur gred A
5 sudu makan air susu
1 sudu teh esen vanila
pewarna (yang ni korang pandai2lah letak pewarna)
Cara:
1.Griskan acuan bulat 6".Lapiskan dengan kertas serap minyak.
Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.
2.Pukul mentega dan gula kastor dengan kelajuan sederhana sehingga kembang
dan putih.
3.Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga
sebati.
4.Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen
vanila.Gaul hingga rata.
5.Bahagi adunan kepada 7 bahagian.Warnakan.
6.Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit pada suhu 170'C.
7.Setelah kek masak,biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.
Untuk Krim Mentega..korang boleh tengok kat SINI
Enjoiii....
As'salam Rahel
BalasPadamWahhhhh...memang tinggi kejadiannya..rasa macam nak meniti atas kek tu sambil berangan2..hahaha..gurau2 aje ya Rahel pagi2 ni.
Nanti bisa k.ct coba juga ya. cuma mahu tanya kek ni masa bakar kena guna apa atas bawah atau guna api bawah saje Rahel.
Wsalam Kak Ct..
Padammemang tinggi betull,klu sepotong kek pelangi bole 2-3 org mkn tau..bayangkanlah tingginya tu..hehe..
Kak,Rahel bakar kek guna api atas dan bawah..
Rahel....perfect...kemas je hasil kejadian kek Rainbow yang Rahel buat....fav kek family akak ni...dah bekali2 buat...kejap jadi kek ...kejap jadi cupcake...:)
BalasPadamthanks Kak Cek,memang senang je nak buat kan?..1 slice pun tak sanggup nak perabih...macam makan 3 ketul kek je..
PadamRahel, setiap lapisan kek tu dibakar berasingan ke?? atau bakar selapis, lepas dah masak, letak adunan atas lapisan yang dah masak tu, then bakar lagi.....
BalasPadamCendana Kasih,setiap kek dibakar berasingan..tanks.
Padamuishh cantiknya.. k.nor mmg rasa teringin nak buat kek ni tp utk apa ya.. hari jadi anak2 lambat lg :)
BalasPadamthanks Kak Nor...ni saja suka2 buat..sekadar nak rasa rainbow cake je..Kak Nor bole buat untk b'day anak2 atau emak anak2..hehe..
PadamRahel, wow cake nie plg mengancam 4 my daughter.. nak cake rainbow pls... uh bila rajin br sy bley buat hehehe..
BalasPadamNur,bole la u buat jugak..senang je..
Padamrahel...tiap2 satu lapis tu bakar berapa min..?? mesti kejap jer kan sebab nipis..
BalasPadamSally,kek kena bakar 20 minit..
PadamCantik sungguh kek ini....
BalasPadamthanks Myda..awak pun bole buat kek yang cantek..
Padamteruja betul tengok kek ni..cantik! =)
BalasPadamtima kaseh CikWan..
BalasPadamDear Rahel, kalau masih ada rekod lah, nak tanya agak agak berapa gram adunan utk satu lapisan.
BalasPadamRegard
Azie Kitchen
Yes Azie...
Padamkalau tak silap la..time tu Rahel sukat guna cawan...agaknya dalam 3/4 cawan utk setiap lapisan..
Halloo Rahel .. Air susu tu bLh ke kt bancuh guna susu pekat manis.
BalasPadamI tak pernah buat mcm tu...tapi try la...mana tau ok..
BalasPadamRahel..air susu tu apa yer??
BalasPadamAir susu/susu segar/susu cair
PadamRehel...untuk warna rainbow cake...Rahel guna jenama apa..
BalasPadamUntuk kek ni i guna pewarna jenama star brand sahaja
PadamHi rahel. Resepi ni rahel pakai butter tanpa garam or butter biasa je?
BalasPadamGuna butter anchor tapi buttercup pun ok jugak
PadamAssalam sis. boleh ambil tempahan tak?
BalasPadamtq =)
Wsalam sis...yup boleh..
Padamhai rahel..guna susu ape ye?
BalasPadamHi Syahdah...saya guna susu segar sahaja.
Padamhi sis, nak tanya ni guna colour brand ape ye? tq
BalasPadamSalam sis...
BalasPadamGD dah mencubanya... yesss lama pendam akhir terlaksana. teng q ye kongsi resepi.
Halalkan ilmunya dan GD kongsikan semula di blog GD
http://monasrie.blogspot.com/2013/09/rainbow-cake-aka-kek-pelangi.html
salam kak..cntikla kek ni...mohon resipi yer
BalasPadamsalam rahel..sekali lagi mohon dishare respinya ya di blog saya.Salam kenal dari Rose
BalasPadam