Selamat bertemu lagi di sini,semoga semuanya sihat dan ceria selalu.Kali ni Rahel nak teruskan menulis resepi cream untuk Steamed Wet Chocolate Cake..jum kita layan skejap...
Mula-mula kita kena siapkan bahan-bahan untuk krim keju dan juga blueberry fruit filling..
Inti Cream Cheese & Blueberry Fruit Filling
Resepi:Rahel
Bahan:
250g cream cheese,biarkan pada suhu ruang
75g gula kastor
80g mentega
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 sudu besar blueberry fruit filling,dibancuh dengan 2 sudu besar air panas,kemudian tapis
2 1/2 sudu besar blueberry fruit filling,dibancuh dengan 2 1/2 sudu besar air panas
50g kepingan almond,disangai sekejap
buah strawberry secukupnya untuk hiasan,dibelah dua
Cara:
1.Dalam mangkuk satukan cream cheese,mentega,gula kastor,kemudian putar hingga
lembut,tambahkan esen vanila,blueberry filling yg sudah ditapis tadi,putar lagi
hingga rata.
2.Ambil satu keping kek,letak adunan cream cheese,ratakan.Kemudian beri sedikit
blueberry filling yg dari 2 1/2 sudu besar tadi dan ratakan.Buat seperti ini
sebanyak 3x.
3.Kemudian tutup seluruh permukaan kek dengan baki adunan cream cheese.
Simpan kek dalam peti sejuk selama 3 jam.Kemudian beri topping coklat.
4.Keluarkan kek dari peti sejuk,tuangkan chocolate ganache perlahan-lahan
sampai menutupi semua permukaan kek termasuk bagian tepi kek.
5.Letak semula kek ke dalam peti sejuk selama 3 jam.Kemudian keluarkan
kek dari peti sejuk dan hias tepinya dengan kepingan badam.
6.Akhir sekali,hiaskan permukaan atas dengan buah strawberry.Siap untuk di
sajikan.
*Kek boleh disimpan dalam peti sejuk selepas di hias sebelum dihidang,jika
suka kek yang dingin.
Kali ni Rahel guna Topping Coklat dari dapur Kak Ummi Zaihadi sedap sangat rasa coklatnya,terima kasih banyak yer Kak Ummi,ijinkan gue share skali lagi kat sini.Pertama kali tengok cupcake yang dibuat oleh Kak Ummi terus jatuh cinta..kalau tenung lama-lama cupcake dia tu..memang silau mata dibuatnya..oh ya,nak cite sikit bab topping coklat ni..memang sedap dan takde bau butter..Rahel suka sangat...
Ok la,kita teruskan dulu menulis resepi topping coklat yang sedap giler ni.
Chocolate Ganache
Sumber:Kak Ummi Zaihadi Home Sweet Home
Bahan:
450g coklat masakan
300ml whipping cream
50g butter
Cara:
1.Panaskan whip cream (jangan sampai mendidih) di dalam bekas tahan panas
dengan api perlahan.
2.Curah atas coklat masakan tadi dan biarkan sekejap,kemudian kacau hingga
sebati dan tidak berketul.
3.Masukkan butter dan kacau sebati.
4.Biarkan sekejap hingga suam baru tuang ke permukaan kek coklat.
*Untuk topping kek coklat kali ni Rahel buat 1/2 adunan sahaja Chocolate
Ganache ni.
Resepi Steamed Wet Chocolate Cake boleh tengok DI SINI .
aduh...cantiknya kek tu..dihias degan strawberry lagi..
BalasPadamMesti sedap....kena cuba ni.
thanks for sharing..salam perkenalan from hanimmdzain@blogspot
Terima kasih Norhanim kerana sudi jengah n follow dapur Rahel.Salam kenal.
BalasPadamAduhai..xbleh tahan..sis, lame la mase utk buat kek nih?
BalasPadamMuzel Zay,kena buat perlahan-lahan,so tak terasa lama..
Padamtergoda. nk sikit. Cantik sgt.
BalasPadamRashidah
Rashidah,mai sini Rahel kasi satu slice kek.
Padamsalam Kak Rahel...
BalasPadamsalam perkenalan akak, maria nak tanya akak mengenai cream cheese yang sering digunapakai untuk membuat kek, adakah ia dalam bentuk slice atau cecair..harap akak dapat membantu..tq akak
Wsalam Maria,
BalasPadammaaf la..terlewat jawab komen awak..cream cheese yang sering digunapakai utk buat kek atau topping kek atau inti kek ialah cream cheese yang berbentuk buku/tiub bentuk sama macam butter..
woa! sedapnya...seakan2 blackforest lak... =)
BalasPadamsalam...
BalasPadamsy elynna dr putrajaya...
kak, blog akak adalah yg terbaik penah sy lawati...
gambar sharp..dan resipi pn bagus..
tahniah buat akk..terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu...
semoga akk terus maju...
Salam kak..coklat masakan tu kena cairkan dulu x?
BalasPadamSaya dah cuba resepi ni... alhamdulillah... sedap... terima kasih atas perkongsian ya... mohon halal ilmunya... tp saya tk layer dgn butter cream... saya layer dgn cream cheeae..
BalasPadamAlamak... salah posting plak saya komen... yg saya cube tu... rainbow kek... maaf empunya blog
Padam