Selasa, 19 Februari 2013

Macadamia Chocolate Cake di 19-February

Salam sejahtera..
MACADAMIA CHOCOLATE CAKE
Diolah:Rahel

Bahan Untuk Sponge Cake
Sumber:Bicara Kek

A:300g tepung kek span campuran
    300g telur (5 biji telur gred A)
    60ml air

B:60ml minyak masak

Cara membuat:
1.Masukkan bahan (A) ke dalam pembancuh elektrik dan kacau hingga sebati.
2.Pukul bancuhan sehingga kembang berkrim.
3.Campurkan bahan (B) perlahan-lahan dan bancuh hingga sekata.
4.Tuangkan campuran kek ke dalam acuan bersaiz 9" yang sudah digris dengan marjerin.
   Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170'C selama 30-45 minit.
5.Setelah siap dibakar,telangkupkan kek ke atas rak kek selama 5 minit dan terbalikkan semula
   kek itu.Ini untuk menghalang kek daripada tenggelam dibahagian tengah.

PELENGKAP

GANACHE
Sumber:Alex Goh

Bahan-bahan:
300g dark compound chocolate-dicincang
200g UHT whipping cream
50g Unsalted butter

Cara membuat:
1.Masak whipping cream hingga panas.Tuang whipping cream ke dalam coklat cincang dan kacau
   perlahan hingga coklat cair sepenuhnya.Masukkan butter dan kacau hingga sekata.Biarkan ganache
   semalaman.

*600g non-dairy whipped cream-putar hingga soft peak,kemudian campur dengan 320g ganache.
*chocolate syrup secukupnya-sila lihat resepi DI SINI
*100g kacang macadamia-dibakar sebentar dalam oven

PENYELESAIAN:
1.Potong kek span coklat kepada 4 bahagian.Kemudian taruh di atas papan kek.Sapu permukaan kek
   dengan chocolate syrup untuk melembapkan kek.
2.Paipkan krim coklat bentuk melingkar di atas kek tadi.Tabur kacang macadamia.Tumpuk satu lapis
   kek span di atasnya. (buat cara ini sebanyak 3x)
3.Akhir sekali sapu krim coklat diseluruh permukaan kek.Kemaskan.Hiaslah sesuai dengan kreativiti
   anda.
4.Simpan dalam peti sejuk untuk kek yang dingin dan enak sekali.Selamat mencuba.

Catatan:
*krim coklat ialah campuran ganache dan non-dairy whipped cream.
*macadamia chocolate cake ini saya buat sempena harijadi darling saya,so mesti mau buat yg enak2.


Happy Birthday my Darling...mmmuahhh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan