Khamis, 6 Oktober 2011

Kek Sifon Oren

Haaa...ni la dia resepinya..cuba jangan tak cuba....



Kek Sifon Oren
Resepi:Chef Noraini Zakaria

Bahan A:
100g tepung kek
1/2 st serbuk penaik
5 biji telur gred A
60g gula kastor
5 sudu makan minyak masak
2 sudu makan jus oren
1 st pes oren

Bahan B:
5 biji putih telur gred A
100g gula kastor
1/2 st serbuk krim tartar

Cara:
1.Bahan B:pukul putih telur hingga berbuih.Masukkan gula kastor & serbuk krim tartar.
   Pukul lagi hingga pekat dan gebu dengan kelajuan tinggi selama lebih kurang 7 minit.
   Apabila adunan ini dicolek dengan jari,ia keras dan berekor.

2.Bahan A:Ayak tepung dan serbuk penaik ke dalam mangkuk adunan.
   Masukkan gula kastor,kuning telur,minyak,jus oren dan pes oren.Gaul perlahan-lahan
   dengan senduk kayu hingga sebati.

3.Masukkan putih telur 1/2 bahagian dan gaulkan.Kemudian masukkan 1/2 lagi & gaul
   perlahan-lahan hingga tiada kelihatan putih telur lg.
   Tujuan digaul perlahan ialah supaya gelembung2 udara dalam putih telur tidak pecah.
   Kek lebih gebu.

4.Sediakan acuan sifon yang berlubang di tengahnya.Tidak perlu digris atau dilapik kertas.
   Tuangkan adunan dan bakar dalam ketuhar pada suhu 180'C selama 45 minit.

5.Telangkupkan kek atas dawai penyejuk dan biarkan ia sejuk selama 15 minit barulah
   keluarkan kek dari tin.

Note:
*kalau nak kek warna oren tambahkan sedikit pewarna oren dalam adunan kuning telur.


Enjoiii...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan