Selamat bertemu kembali,pa khabar semua? ada buat kuih k? hehehe..Resepi yang saya nak share kali ni ialah kek keju coklat, resepi yang di ambil daribuku resepi Yum Yum..banyak resepi yang sedap dan menarik,oklah kawan2 saya share pulak resepinya kat sini ye..jom..
Kek Keju Coklat
Resepi:Yum Yum
Bahan A:
(bahan dasar biskut)
80gbiskut marie,dihancurkan
40g mentega
*satukan bahan dasar dan mampatkan dalam loyang 6"
Bahan B (krim keju):
250g krim keju
30g gula kastor
1 biji telur L
1 st esen vanila
40g coklat masakan,dicairkan
1/2 sudu teh parutan kulit lemon
Cara:
1.Pukul krim keju dan gula kaster sehingga lembut.Masukkan telur dan pukul
rata.
2.Tambahkan coklat cair,parutan kulit lemon dan kacau rata.Tuang ke dalam
loyang yang berisi bahan dasar tadi.
3.Steam-bake pada suhu 150'C selama 50minit-1 jam.
4.Setelah masak biarkan sejuk kemudian letak dalam peti sejuk selama 2 jam
baru potong dan hidang.
Selamat menjamu selera..daaa..
waaaahhhh...cheese cake lagi...sedapnya..
BalasPadamLiza-
BalasPadambegitulah kisah hidupku,tak lengkap tanpa ciskek..hehe.