Khamis, 7 Februari 2013

Hokkaido Cake

Selamat bertemu kembali,semoga sentiasa sihat dan ceria.Jangan ketinggalan untuk mencuba Hokkaido Cake yang sememangnya enak dinikmati time berdating...ahaksss.Di bawah ini Rahel sertakan beberapa resepi Hokkaido Cake yang boleh di cuba.


Hokkaido Chiffon Cake
Sumber:Hesti 

Bahan Chiffon Cake:
3 kuning telur
20g gula pasir
35g minyak jagung
60g susu cair
70g tepung gandum protin sedang
3 putih telur
25g gula pasir

Bahan Filling:
60g dairy whipping cream
10g gula pasir
1 sudu teh instant custard

Taburan:
gula halus/gula donut

Cara membuat:
1.Panaskan oven 170'C.Siapkan acuan di dalam dulang pembakar.
2.Pukul kuning telur dan 20g gula pasir menggunakan whisk sampai pucat.Tambahkan minyak
   jagung dan susu cair.Gaul rata.
3.Masukkan tepung.Gaul rata.Ketepikan.
4.Pukul putih telur dengan kecepatan tinggi sampai berbusa.Masukkan sisa gula pasir sedikit-
   demi sedikit sambil terus dipukul sampai soft peak.
5.Ambil 1/3 adunan putih telur masukkan ke dalam adunan kuning telur,kaup balik hingga rata.
6.Tuang di dalam cup liner sampai setinggi 3/4.Panggang selama 20-25 minit di rak tengah oven.
7.Filling:pukul whipped cream sampai mengembang.Tambahkan instand custard.Kacau rata.Masuk-
   kan ke dalam piping bag.Beri lubang.Tusuk bagian tengah kek yang sudah masak,kemudian
   semprotkan filling sampai meleleh keluar.Tabur gula halus.Hidangkan.Paling enak dihidang
   setelah didinginkan.

Terima kasih Hesti kerana sudi share resepi Hokkaido Chiffon Cake.Ijin share di sini yea.

Hokkaido Chiffon Cup Cake
Sumber:Suzie Saufi 

Bahan A:
4 biji putih telur
1 st garam
80g gula halus

*putar sehingga menjadi kental (meringue)

Bahan B:
4 biji kuning telur
30g gula kastor
1 st esen vanila
40ml minyak jagung
40ml susu segar

Bahan C:
55g tepung kek
20g tepung custard
1 st baking powder

Cara-cara:
1.Ayak tepung kek,tepung custard dan baking powder.
2.Pukul kuning telur dan gula hingga kembang.
3.Masukkan minyak dan susu segar.
4.Masukkan tepung dan gaul sebati.
5.Satukan adunan tepung dan meringue dengan kaedah kaup balik.
6.Masukkan ke dalam cup 3/4 penuh (80% cup dan hentakkan cup untuk mengurangkan -
   gelembung udara di dalam kek).
7.Bakar pada suhu 170'C selama 15 minit atau sehingga masak kekuningan.

Bahan Custard:
1 sudu besar tepung custard
1 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar gula
200ml susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega

*Satukan bahan dan masak hingga adunan pekat dan berkilat (masak atas double boiler).
*Bancuh tepung dg 50ml susu segar dahulu baru satukan semua bahan.
*Sentiasa mengacau filling custard ini untuk mendapatkan filling custard yang licin.
*Setelah masak sejukkan sebentar custard filling ini.
*Setelah kek masak dan kek telah sejuk picit custard di tengah2 kek.Cucuk noozle ke dalam
  dan picit.


Hokkaido Chiffon Cake With Ganache Filling
Sumber:Meitri 

Bahan-bahan:
2 cawan tepung yg belum diayak
1 cawan gula
1 sudu besar baking powder
1/2 st garam
1 cawan susu UHT
1/2 cawan minyak sayur
1/2 st vanila extract
5 biji kuning telur
8 putih telur
1/2 st cream of tartar

Ganache secukupnya

Cara membuat:
1.Pastikan semua bahan berada di suhu ruang.Panaskan oven 180'C.
2.Ayak tepung,baking powder dan garam.
3.Dalam bekas yang lain campurkan susu,minyak dan vanila.Kacau rata,kemudian tambahkan
   kuning telur,kacau rata.
4.Tuang campuran telur ke dalam tepung,pukul lebih kurang 2 minit.
5.Pukul putih telur sampai berbuih,masukkan gula dalam 2 tahap,pukul sampai soft peak.
6.Campurkan adunan kuning telur ke putih telur dalam 3 tahap,kacau perlahan.
7.Tuang ke dalam cawan,taruh di dalam dulang nipis,hentakkan 1 kali untuk mengeluarkan
   gelembung udara di adunan.
8.Bakar 20 minit atau hingga masak.

Notes:
*Sebelum picitkan ganache,pastikan cupcake sudah sejuk agar cupcake tidak meleleh.
*Cara memicit ganache ialah dengan mengisi ganache ke dalam piping bag yang diberi
  nozle no 22.
*Tekan sedikit ke permukaan cupcake,picit ganache perlahan secukupnya.Buat swirl
  untuk menutupi lobang di permukaan cupcake,atau boleh juga tanpa swirl di atasnya.


Thank you.

10 ulasan:

  1. mmg enjoi tu.......kite dh buat hari tu...mmg sedapppppppp..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sury saya pun makan sampai tak sedar 6 cup sudah abis...hihi

      Padam
  2. Sedap kan hokkaido chiffon cupcake ni....kalo kt jepon dulu...kek ni paling laku kt bakery

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya Sabar Dubai....memang sedap...harga pun boleh tahan....

      Padam
  3. Salam Rahel,
    Kek yang sungguh lembut dan semestinya enak, kalau makan tak boleh nak berenti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam Wattie....betul tu...sedap sangat...

      Padam
  4. Salam. Dah lama cari resipi ni.Rose nak cuba n share kat blog ye rahel.

    BalasPadam
  5. Salam..nak tanyalah..kenapa hokaido cake saya jadi padat kat bawah tapi atas gebu bila masak..selalu sangat jadi macam tu..kenape ye??

    BalasPadam