Salam petang kepada semua...seperti yang Rahel janjikan semalam nak share resepi Kek Sifon Polkadot yang halus dan mulus...silahkan roll ke bawah utk tinjau-tinjau resepinya..
Kek Sifon Polkadot
Bahan:
100g tepung gandum
25g gula kastor
60g minyak masak
80ml susu cair
4 biji kuning telur
4 biji putih telur
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh krim tartar
60g gula kastor
Cara:
1.Ayakkan tepung gandum.Masukkan 25g gula kastor.Kacau rata &
ketepikan.
2.Campurkan minyak masak dan susu cair.Kacau rata.Tuangkan ke-
dalam campuran tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau
rata.Masukkan kuning telur.Kacau rata.Ketepikan.
3.Pukul putih telur,garam dan krim tartar dengan kecepatan sederhana
sehingga setengah kembang.Masukkan gula kastor sedikit demi sedi
kit sambil dipukul sehingga kembang (adunan bertanduk).
4.Tuangkan ke dalam campuran tepung sedikit demi sedikit sambil di
kaup balikkan perlahan.Ketepikan 1 cawan adunan & beri pewarna
hitam utk corak polkadot,sementara adunan asal diberi sedikit pe-
warna merah jambu.
5.Tuangkan 1/2 adunan merah jambu ke dalam loyang sifon,kemudian
dg menggunakan sudu makan,sudukan adunan hitam diatas permuka
an adunan merah jambu (letak adunan hitam di bahagian tepi,agar
mudah kelihatan corak polkadot).Kemudian masukkan lagi sisa adun
an merah jambu tadi.
6.Bakar selama 35 minit pada suhu 170'C.Setelah masak,segera keluar-
kan dari ketuhar dan terus telangkupkan kek sifon hingga sejuk,baru
lorekkan tepinya dengan pisau dan keluarkan kek sifon dr loyang.
P/S:
*Panaskan ketuhar 15 minit sebelum bakar kek.
*Rahel bakar kek sifon selama 25 minit dalam loyang sifon saiz 18cm
*Hasilnya terpulang kepada oven masing-masing.
*Loyang sifon tak perlu digriskan.
nak tanya...kacau rata tu maksudnya dipukul ke..
BalasPadamKak Ucu..
BalasPadamkacau rata jer guna handwhisk atau senduk kayu..tak payah pukul.Kalau adunan putih telur memang kena pukul sampai gebu.
x payah letak baiking powder atau soda bikarbonat ke...
BalasPadamRahel
BalasPadamfantastic outcome...licin jer.. :)
Tak perlu letak baking powder or soda bikarbonat dlm kek sifon ni sebab dah ada letak krim tartar.
BalasPadamBetul tu Yat Maria..sentiasa licin jer..hehe..
BalasPadam