Selamat petang semua..apa khabar petang ni? semua dah siap minum petang? Petang ni Rahel merajinkan diri lagi buat kek sifon..memang minat sangat dengan kek sifon ni,tak kira la kek sifon perisa apa2 mesti suka.Untuk kek sifon yang satu ini,memang sedap sangat dan lemak rasanya..tak percaya..cuba dulu...
Klu diberi pilihan antara kek span dan kek sifon,Rahel memilih untuk buat kek sifon sebab senang jer nak sediakan,tak perlu nak gris n lapik loyang,pastu buat meringue pun sekejap sahaja.Klu kek span pulak.kena putar adunan telur lama2 dalam 15 minit ++ gitu baru boleh gaul ngan tepung,sempat lagi lenguh2 bahu.
Oklah teman-teman,resepi kek sifon kali ni Rahel ambik dari buku resepi yang dikongsikan oleh Kevin Chai,memang best2 semua resepinya,tak rugi mencuba dan tentunya akan berpuas hati dengan hasilnya.Silahkan ditengok-tengok apa yang perlu disiapkan untuk buat kek sifon yang satu ini...
Chocolate Raisin Chiffon Cake
Resepi:Kevin Chai
Bahan adunan Kuning Telur:
3 biji kuning telur (Rahel guna telur saiz L)
20g chocolate chips
50g chocolate,disagat (Rahel guna milk chocolate)
30g raisin
30ml susu cair (Rahel guna susu penuh krim)
2 sudu besar minyak masak
30g gula kastor
1 sudu besar serbuk koko
90g tepung naik sendiri
Bahan adunan putih telur:
3 biji putih telur (Rahel guna 3 putih telur saiz L)
1/4 sudu teh cream of tartar
50g gula kastor
Hiasan:
chocolate scroll
cocoa powders
Cara untuk adunan kuning telur:
1.Campur semua bahan dalam mangkuk,gaul rata.
Cara untuk adunan putih telur (meringue):
1.Pukul putih telur & cream tartar sehingga setengah kembang (solf peak).
Perlahan-lahan masukkan gula kastor sambil dipukul dengan kelajuan
tinggi sehingga kembang (stiff peaks).
2.Tuangkan meringue secara bertahap ke dlm adunan kuning telur sambil
dikaup balikkan guna spatula/senduk kayu secara perlahan (jgn terlebih
kacau).
3.Tuang ke dlm loyang sifon 18cm (7").Bakar pada suhu 170"C selama
30 minit.
4.Setelah masak,keluarkan dari oven dan telangkupkan ke atas redai,
biarkan sehingga sejuk baru tanggalkan dari loyang.
5.Setelah kek sejuk,hias dengan chocolate scroll dan tabur dengan serbuk
koko.
Selamat mencuba..daaa..
Hai Rahel...sedap nampak kek chiffon tu...saya pon peminat kek chiffon..izinkan saya ambil resepi nie ye..
BalasPadamHai Ina..boleh jer..silahkan dicuba..pasti suke..mekasih sudi singgah..datang lagiii.
BalasPadamSalam Rahel,
BalasPadamKat sini rupanya resepinya ya
wsalam Wattie..
BalasPadamkat sini la aneka resepi kek..mcm2 ada..hehe..