Selamat malam kepada semua pembaca I Love Cake...
Kek Lapis India @ Kek Lapis Cadbury yang semestinya disukai oleh penggemar coklat.Enaknya rasa coklat Cadbury disetiap gigitan membuat kita tak mahu berhenti memakannya.Keknya sangat moist dan pada Rahel ianya secukup rasa,tidak terlalu manis.Sebelum Rahel teruskan menulis,Rahel mahu ucap terima kasih banyak kepada Dayang Jack kerana tak lokek berkongsi resepi kek2 yang sentiasa meletops.Ijinkan Rahel untuk share resepi Kek Lapis India sebagai rujukan pembaca dapur I Love Cake dan juga kepada Rahel sendiri.Terima kasih.
Kek Lapis India @ Cadbury Layered Cake
Sumber:Dayang Jack Bahan-bahan:(Loyang 9" x 9")
450g mentega berkualiti tinggi
120g tepung hongkong/tepung gandum (diayak)
220g gula halus
10 biji telur gred A
100g tepung biskut marie
65g serbuk Horlicks
50g serbuk santan (1 peket)
300g susu pekat manis
2 bungkus kepingan coklat Cadbury
pewarna kuning~optional
Cara-cara:
1.Sediakan Loyang kek dan griskan dengan mentega.
2.Putar mentega dan gula sehingga kembang dan berkrim.
3.Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan.
4.Masukkan tepung biskut marie,Horlicks,tepung,santan dan susu pekat sedikit demi
sedikit.
Putar lagi hingga sebati.Masukkan pewarna kuning jika suka.Kacau lagi sebati.
5.Ambil 7 sudu besar adunan dan ratakan ke dalam Loyang dan bakar hingga keperangan.
6.Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan yang ketiga.
7.Sejukkan kek sebelum dipotong.
Nota;
*biskut marie dikisar halus dan diayak baru ditimbang.
*serbuk Horlicks boleh digantikan dengan serbuk nestum bayi jika suka.
*susu dan gula boleh dikurangkan atau dilebihkan mengikut citarasa sendiri.
*gunakan mentega yg berkualiti tinggi untuk medapatkan hasil yang baik.Contoh jenama
Anchor & SCS.
*saiz 9" x 9" digunakan untuk kek yg tidak terlalu tinggi.Boleh juga menggunakan Loyang
8" x 8".
*cara menyusun coklat:Bakar adunan terlebih dahulu.Kemudian susunkan coklat secara
rawak.Tutupkan coklat dg adunan seterusnya dan bakar hingga kepernagan ATAU masuk-
kan adunan dan susunkan coklat secara rawak dan bakar.Terpulang pada keselesaan
masing-masing.
*setiap layer dibakar/digril lebih kurang 7-10 minit mengikut kepanasan oven masing2.
Happy Baking.
suka suka kak ruby suka kek ni, sdp sngt....rupa dia pun cntik rahel.......
BalasPadamCantiknya kejadian keknya itu bu Rahel.... simpankan gue sepotong yaa... tunggu sudah mau masuk laut ini mau berenang ke Tawau...
BalasPadamsalam rahel..
BalasPadamwow, cantik ja lapisannya rahel..lama nda makan kek ni..sedap betul rasanya..