Isnin, 4 Mac 2013

Dah 34 Tahun

Salam sejahtera...n happy birthday to me..
05 Mac 1979
BLUEBERRY CHEESE CAKE
Diolah oleh :Rahel

Sponge Cake

Bahan A:
4 biji kuning telur gred A
20g gula kastor

Bahan B:
4 biji putih telur

Bahan C:
100g gula kastor

Bahan D:
110g tepung kek/tepung super fine

Bahan E:
70g mentega cair

Cara-cara:
1.Pukul (A) hingga ringan dan gebu.
2.Putar (B) hingga kembang.Masukkan (C) dan pukul lagi hingga kental.
3.Campurkan meringue dengan (A) sehingga sebati.
4.Masukkan (D) yang telah diayak dan kaup balikkan dengan rata.
5.Masukkan (E) dan kaupkan dengan sempurna.
6.Tuangkan adunan ke dalam loyang 8".Bakarpada suhu 170'C selama 35-45 minit.
   Keluarkan kek dengan segera setelah masak.
  
*Setelah kek sejuk sepenuhnya potong kepada 3 bahagian.

FILLING

Bahan-bahan:
350g cream cheese
90g gula kastor
300g non-dairy whipping cream-putar hingga kental
250g blueberry pie filling

Cara membuat:
*Putar cream cheese,gula kastor hingga licin.Tambahkan whipping cream.Kaup balik hingga
  bercampur rata.

TOPPING

Bahan-bahan:
120g cheddar cheese-disagat
biskut tiramisu secukupnya

PENYELESAIAN
1.Ambil satu bahagian kek span,sapu dengan blueberry pie filling.
2.Kemudian paipkan adunan cream cheese di atasnya.Buat seperti ini sebanyak 2x dan lapisan
   paling atas ditutup dengan dengan cream cheese.
3.Kemaskan seluruh permukaan kek dengan baki cream.Tabur cheddar cheese di atas dan tepi
   kek.
4.Hias juga tepi kek dengan biskut tiramisu jika suka.Sejukkan kek dalam peti sejuk selama
   2-3 jam untuk kek yang dingin.

Untuk Tempahan sila sms/call 012-8015195

6 ulasan:

  1. happy besday rahel..that cake was so gorgeous..

    BalasPadam
  2. Happy birthday...semoga pjg umur murah rezeki:-):-)
    By they way,kek cantik and nampak sedap...bagi resipi pls:-)

    BalasPadam
  3. selamat hari Lahir Rahel,..
    semoga dalam rahmatNya

    BalasPadam
  4. happy birthday rahel..;)

    BalasPadam
  5. happy birthday rahel...beday kita sama bln! heheh!

    BalasPadam
  6. I am delighted to wish you a happy belated birthday. May you prosper wherever you go and in whatever you do...

    xoxo -El-

    BalasPadam