Sabtu, 13 Ogos 2011

Red Velvet Cake

Hi,selamat menjamu mata...


Red Velvet Cake
Sumber:Asian Food Chanel

Bahan kek:
3 biji telur gred B*
1 1/2 cawan gula kastor*
1 1/2 cawan minyak*
1 cawan yogurt*
2 sdb pewarna merah*
1 st cuka putih*
1 st esen vanila*
2 1/2 cawan tepung gandum,ayakkan
1 sdb serbuk koko
1 st serbuk soda bikarbonat
1 st garam

Cara:
1.Panaskan oven 170'C.Griskan loyang 8x8" dan alas dg baking paper.

2.Dalam food processor,putar bahan bertanda* hingga rata.

3.Masukkan tepung gandum,serbuk koko,soda bikarbonat,garam.Putar lagi hingga rata & halus.

4.Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak.Setelah masak sejukkan dan bahagi kepada berapa bahagian (sesuai selera) utk diberi krim keju.

Bahan krim keju:
250g krim keju
1/2 cawan gula aising,ayakkan
1/4 cawan whipping cream
parutan kulit lemon dr 1 buah lemon

Cara:
1.Satukan semua bahan dalam mangkuk pengadun.Putar sehingga lembut dan halus.

2.Sapukan pada lapisan kek.

Pesan:
Red velvet cake ini agak berat seperti butter cake.

8 ulasan:

  1. rahel..i tengah cari2 resepi RVC..
    banyak2 resepi yang i jumpa..i rasa i nak cuba resepi u ni dulu...

    BalasPadam
  2. Sally,
    silahkan dicuba..kek ni memang sedap..tak muak kita makan..lagi2 klu ada topping krim keju..mengancam..

    BalasPadam
  3. wahhh....senang laj RVC yg...
    kalau resepi lain berjela2...huhuhu
    sy nk cba la ptg nie...

    BalasPadam
  4. Selera....dah cuba k RVC ni?

    BalasPadam
  5. RAHEL IZIN AMIK RESEPI NI EKK.. BYK DAH WAT RV SUMA AGAK BIASA2 AJE.. RESEPI NI ADA GUNA MINYAK MESTI MOIST EKK..

    BalasPadam
  6. assalam rahel..saya shre juga resepi ni ye..sbb rahel nyer resepi senang sikit dan mudah..tima kasih daun keladi..^__^..roseliendaabdaziz

    BalasPadam
  7. Assalam kak...terima kasih teringit nk cuba tp tgk yg lain mcm susah..tp yg ni mcm best ja

    BalasPadam