Sabtu, 21 Januari 2012

Rainbow Cake

Salam malam kepada sahabat semua...harap korang belum tidor lagi..hehe.Sesuai dengan janji Rahel tadi..resepinya akan dishare kat sini..so bolehlah korang cuba pulak dan untuk Rainbow Cake yang pertama ni Rahel gunakan resepi dari KOMPILASI HIDANGAN KEK,memang sedap dan lembut kek dia..tapi dalam buku resepi tertulis KEK PELANGI dan hanya menggunakan beberapa pewarna sahaja.















Oklah,kita teruskan pulak kepada menulis resepi Rainbow Cake..layannn...

Rainbow Cake/Kek Pelangi
Sumber:Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria

Bahan:
250g mentega
220g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik},diayak (A)
200g gula kastor
4 biji telur gred A
5 sudu makan air susu
1 sudu teh esen vanila

pewarna (yang ni korang pandai2lah letak pewarna)

Cara:
1.Griskan acuan bulat 6".Lapiskan dengan kertas serap minyak.
   Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.
2.Pukul mentega dan gula kastor dengan kelajuan sederhana sehingga kembang
   dan putih.
3.Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga
   sebati.
4.Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen
   vanila.Gaul hingga rata.
5.Bahagi adunan kepada 7 bahagian.Warnakan.
6.Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit pada suhu 170'C.
7.Setelah kek masak,biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.




Untuk Krim Mentega..korang boleh tengok kat SINI

Enjoiii....

34 ulasan:

  1. As'salam Rahel

    Wahhhhh...memang tinggi kejadiannya..rasa macam nak meniti atas kek tu sambil berangan2..hahaha..gurau2 aje ya Rahel pagi2 ni.

    Nanti bisa k.ct coba juga ya. cuma mahu tanya kek ni masa bakar kena guna apa atas bawah atau guna api bawah saje Rahel.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam Kak Ct..
      memang tinggi betull,klu sepotong kek pelangi bole 2-3 org mkn tau..bayangkanlah tingginya tu..hehe..

      Kak,Rahel bakar kek guna api atas dan bawah..

      Padam
  2. Rahel....perfect...kemas je hasil kejadian kek Rainbow yang Rahel buat....fav kek family akak ni...dah bekali2 buat...kejap jadi kek ...kejap jadi cupcake...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks Kak Cek,memang senang je nak buat kan?..1 slice pun tak sanggup nak perabih...macam makan 3 ketul kek je..

      Padam
  3. Rahel, setiap lapisan kek tu dibakar berasingan ke?? atau bakar selapis, lepas dah masak, letak adunan atas lapisan yang dah masak tu, then bakar lagi.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cendana Kasih,setiap kek dibakar berasingan..tanks.

      Padam
  4. uishh cantiknya.. k.nor mmg rasa teringin nak buat kek ni tp utk apa ya.. hari jadi anak2 lambat lg :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks Kak Nor...ni saja suka2 buat..sekadar nak rasa rainbow cake je..Kak Nor bole buat untk b'day anak2 atau emak anak2..hehe..

      Padam
  5. Rahel, wow cake nie plg mengancam 4 my daughter.. nak cake rainbow pls... uh bila rajin br sy bley buat hehehe..

    BalasPadam
  6. rahel...tiap2 satu lapis tu bakar berapa min..?? mesti kejap jer kan sebab nipis..

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. thanks Myda..awak pun bole buat kek yang cantek..

      Padam
  8. teruja betul tengok kek ni..cantik! =)

    BalasPadam
  9. Dear Rahel, kalau masih ada rekod lah, nak tanya agak agak berapa gram adunan utk satu lapisan.

    Regard
    Azie Kitchen

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes Azie...
      kalau tak silap la..time tu Rahel sukat guna cawan...agaknya dalam 3/4 cawan utk setiap lapisan..

      Padam
  10. Halloo Rahel .. Air susu tu bLh ke kt bancuh guna susu pekat manis.

    BalasPadam
  11. I tak pernah buat mcm tu...tapi try la...mana tau ok..

    BalasPadam
  12. Rehel...untuk warna rainbow cake...Rahel guna jenama apa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk kek ni i guna pewarna jenama star brand sahaja

      Padam
  13. Hi rahel. Resepi ni rahel pakai butter tanpa garam or butter biasa je?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guna butter anchor tapi buttercup pun ok jugak

      Padam
  14. Assalam sis. boleh ambil tempahan tak?

    tq =)

    BalasPadam
  15. hi sis, nak tanya ni guna colour brand ape ye? tq

    BalasPadam
  16. Salam sis...

    GD dah mencubanya... yesss lama pendam akhir terlaksana. teng q ye kongsi resepi.
    Halalkan ilmunya dan GD kongsikan semula di blog GD

    http://monasrie.blogspot.com/2013/09/rainbow-cake-aka-kek-pelangi.html

    BalasPadam
  17. salam kak..cntikla kek ni...mohon resipi yer

    BalasPadam
  18. salam rahel..sekali lagi mohon dishare respinya ya di blog saya.Salam kenal dari Rose

    BalasPadam