Memaparkan catatan dengan label chiffon cake. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label chiffon cake. Papar semua catatan

Rabu, 9 Mei 2012

Green Tea Chiffon Cake

Selamat malam kepada semua dan salam manis..


Green Tea Chiffon Cake
Sumber:Buku Resepi

Bahan:
A) 4 biji putih telur
     80g gula kastor
     1/4 sudu teh cream of tartar

B) 150g tepung paling halus
     100g gula kastor
     1 sudu teh serbuk penaik
     1 sudu teh susu tepung
     1/4 sudu teh garam

C) 60g mentega dicairkan
     100ml air
     10g serbuk teh hijau
     4 biji kuning telur
     1 sudu teh pes teh hijau

HIASAN:
350g Krim segar Bukan Susu (Non-Dairy Fresh Cream)
200g inti jem raspberry-->Rahel ganti dg strawberry pie filling
10g serbuk teh hijau

Cara-cara:
1.Pukul (A) hingga naik dan kembang.Ketepikan dahulu.
2.Campurkan bahan (B) dan kacau secara kering.
   Masukkan bahan (C) dan gaul sehingga sebati.
3.Masukkan (1) ke dalam (2).Kacau hingga sebati.
   Tuangkan campuran kek ke dalam acuan bersaiz 9''.Bakar dalam ketuhar yg sudah di-
   panaskan pada suhu 180'C selama 40-45 minit.Biarkan kek menyejuk setelah siap di-
   masak
4.Potong kek kepada 3 lapisan.Pukul krim segar sehingga naik dan kembang menjadi
   aising.Sapu setiap lapisan dengan aising dan inti jem raspberry.
5.Salut aising pada seluruh kek dengan rapi.Hias kek dengan serbuk teh hijau.Sejukkan
   dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dihidang.

*Rahel tak hias dengan serbuk teh hijau.
*Hias kek sesuai selera.

Selamat mencuba..

Jumaat, 23 Mac 2012

Gula Melaka Chiffon Cake

Salam manis kepada semua yang sudi singgah menjengah dapur adunan Rahel yang tak seberapa ni,semoga semua sihat dan ceria selalu.Semoga repi kali ni serasi dengan selera anda semua...





Gula Melaka Chiffon Cake
Resepi asal:Kevin Chai

Bahan Kuning Telur:
6 biji kuning telur
150g gula melaka
100ml santan
4 sudu besar minyak masak
1/4 sudu teh garam
140g tepung gandum

Bahan Putih Telur:
6 biji putih telur
1/4 sudu teh cream of tartar
50g gula kaster

Cara:
1.Untuk menyediakan adunan kuning telur,cairkan gula melaka bersama santan dengan
   api perlahan.Angkat dan tuang ke dalam mangkuk.Biarkan sejuk.
2.Tambahkan kuning telur,minyak masak dan garam,kacau rata.Tambahkan tepung
   gandum sambil diayak ke dalam mangkuk adunan.Gaul rata.Ketepikan.
3.Untuk menyediakan meringue,putar putih telur bersama cream of tartar sehingga kembang
   tambahkan gula kaster sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kaku (frothy and stiff-
   peaks form).
4.Masukkan adunan putih telur secara bertahap (3x) ke dalam adunan putih telur sambil
   dikaup balikkan hingga rata.
5.Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar pada suhu 165'C selama 45 minit atau sehingga
   masak.
6.Setelah masak,keluarkan dari oven dan terbalikkan kek selama 5 minit kemudian ter-
   balikkan semula.Biarkan sejuk.Lorekkan tepi loyang dengan pisau dan keluarkan kek
   dari loyang.


Selamat mencuba..

Rabu, 30 November 2011

Vanilla Chiffon Cake

Salam manis kepada semua...silahkan menjamu mata...harap anda semua suka.Oklah,kali  nak letak entri yang  tertunda,sesuai  dengan  janji Rahel pagi tadi,tp anda boleh buat kek ikut kreativiti anda sendiri,dan klu suka dengan cara Rahel,boleh dapat empat  keping  kek sifon yang  nipis2 dan bakar guna  loyang 6 inci.


Nah..inilah dia resepi kek chiffon yang sedap tu..silahkan dicuba resepinya ek...tapi sowi la..takde terjemahan..memang saja Rahel letak resepi sesuai dalam buku resepi Kevin Chai..


Vanilla Chiffon Cake
Resepi:Kevin Chai

Egg Yolk Batter:
2 egg yolks
50ml milk
1/2 tsp vanila
20g caster sugar
60g self-raising flour

Egg White Foam:
2 egg white
1/4 tsp cream of tartar
40g caster sugar

Method:
1.To make egg yolk batter,combine egg yolks,milk,vanila essence and
   sugar in a mixing bowl.Fold in sifted flour until forms batter.

2.To make egg white foam,beat egg whites and cream of tartar until mixture
   forms solf peak.Gradually add in sugar,beating at high speed until frothy
   and stiff peaks form.

3.Gently fold beaten egg white foam into egg yolk batter until blended.

4.Pour batter into ungreased 6-in (16 cm) tube pan.Bake in preheated oven
   at 170'C for 30 minutes or until cooked.

5.Remove from oven,invert cake onto table until completely cooled.


Selamat mencuba..daaa..

Selasa, 22 November 2011

Chocolate Raisin Chiffon Cake

Selamat petang semua..apa khabar  petang ni? semua dah siap minum petang? Petang ni Rahel merajinkan diri lagi buat kek sifon..memang minat sangat dengan kek sifon ni,tak kira la kek sifon perisa apa2 mesti suka.Untuk kek sifon yang satu ini,memang sedap sangat dan lemak rasanya..tak percaya..cuba dulu...

Klu diberi pilihan antara kek span dan kek sifon,Rahel memilih untuk buat kek sifon sebab senang jer nak sediakan,tak perlu nak gris n lapik loyang,pastu buat meringue pun sekejap sahaja.Klu kek span pulak.kena putar adunan telur lama2 dalam 15 minit ++ gitu baru boleh gaul ngan tepung,sempat lagi lenguh2 bahu.


Oklah teman-teman,resepi kek sifon kali ni Rahel ambik dari buku resepi yang dikongsikan oleh Kevin Chai,memang best2 semua resepinya,tak rugi mencuba dan tentunya akan berpuas hati dengan hasilnya.Silahkan ditengok-tengok apa yang perlu disiapkan untuk buat kek sifon yang satu ini...


Chocolate Raisin Chiffon Cake
Resepi:Kevin Chai

Bahan adunan Kuning Telur:
3 biji kuning telur (Rahel guna telur saiz L)
20g chocolate chips
50g chocolate,disagat (Rahel guna milk chocolate)
30g raisin
30ml susu cair (Rahel guna susu penuh krim)
2 sudu besar minyak masak
30g gula kastor
1 sudu besar serbuk koko
90g tepung naik sendiri

Bahan adunan putih telur:
3 biji putih telur (Rahel guna 3 putih telur saiz L)
1/4 sudu teh cream of tartar
50g gula kastor

Hiasan:
chocolate scroll
cocoa powders

Cara  untuk adunan kuning telur:
1.Campur semua bahan dalam mangkuk,gaul rata.

Cara untuk adunan putih telur (meringue):
1.Pukul putih telur & cream tartar sehingga setengah kembang (solf peak).
   Perlahan-lahan masukkan gula kastor sambil dipukul dengan kelajuan
   tinggi sehingga kembang (stiff peaks).
2.Tuangkan meringue secara bertahap ke dlm adunan kuning telur sambil
   dikaup balikkan guna spatula/senduk kayu secara perlahan (jgn terlebih
   kacau).
3.Tuang ke dlm loyang sifon 18cm (7").Bakar pada suhu 170"C selama
   30 minit.
4.Setelah masak,keluarkan dari oven dan telangkupkan ke atas redai,
   biarkan sehingga sejuk baru tanggalkan dari loyang.
5.Setelah kek sejuk,hias dengan chocolate scroll dan tabur dengan serbuk
   koko.


Selamat mencuba..daaa..

Ahad, 20 November 2011

Kek Sifon Polkadot

Salam petang kepada semua...seperti yang Rahel janjikan semalam nak share resepi Kek Sifon Polkadot yang halus dan mulus...silahkan roll ke bawah utk tinjau-tinjau resepinya..








Kek Sifon Polkadot

Bahan:
100g tepung gandum
25g gula kastor
60g minyak masak
80ml susu cair
4 biji kuning telur
4 biji putih telur
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh krim tartar
60g gula kastor

Cara:
1.Ayakkan tepung gandum.Masukkan 25g gula kastor.Kacau rata &
   ketepikan.
2.Campurkan minyak masak dan susu cair.Kacau rata.Tuangkan ke-
   dalam campuran tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau
   rata.Masukkan kuning telur.Kacau rata.Ketepikan.
3.Pukul putih telur,garam dan krim tartar dengan kecepatan sederhana
   sehingga setengah kembang.Masukkan gula kastor sedikit demi sedi
   kit sambil dipukul sehingga kembang (adunan bertanduk).
4.Tuangkan ke dalam campuran tepung sedikit demi sedikit sambil di
   kaup balikkan perlahan.Ketepikan 1 cawan adunan & beri pewarna
   hitam utk corak polkadot,sementara adunan asal diberi sedikit pe-
   warna merah jambu.
5.Tuangkan 1/2 adunan merah jambu ke dalam loyang sifon,kemudian
   dg menggunakan sudu makan,sudukan adunan hitam diatas permuka
   an adunan merah jambu (letak adunan hitam di bahagian tepi,agar
   mudah kelihatan corak polkadot).Kemudian masukkan lagi sisa adun
   an merah jambu tadi.
6.Bakar selama 35 minit pada suhu 170'C.Setelah masak,segera keluar-
   kan dari ketuhar dan terus telangkupkan kek sifon hingga sejuk,baru
   lorekkan tepinya dengan pisau dan keluarkan kek sifon dr loyang.

P/S:
*Panaskan ketuhar 15 minit sebelum bakar kek.
*Rahel bakar kek sifon selama 25 minit dalam loyang sifon saiz 18cm
*Hasilnya terpulang kepada oven masing-masing.
*Loyang sifon tak perlu digriskan.



Khamis, 6 Oktober 2011

Kek Sifon Oren

Haaa...ni la dia resepinya..cuba jangan tak cuba....



Kek Sifon Oren
Resepi:Chef Noraini Zakaria

Bahan A:
100g tepung kek
1/2 st serbuk penaik
5 biji telur gred A
60g gula kastor
5 sudu makan minyak masak
2 sudu makan jus oren
1 st pes oren

Bahan B:
5 biji putih telur gred A
100g gula kastor
1/2 st serbuk krim tartar

Cara:
1.Bahan B:pukul putih telur hingga berbuih.Masukkan gula kastor & serbuk krim tartar.
   Pukul lagi hingga pekat dan gebu dengan kelajuan tinggi selama lebih kurang 7 minit.
   Apabila adunan ini dicolek dengan jari,ia keras dan berekor.

2.Bahan A:Ayak tepung dan serbuk penaik ke dalam mangkuk adunan.
   Masukkan gula kastor,kuning telur,minyak,jus oren dan pes oren.Gaul perlahan-lahan
   dengan senduk kayu hingga sebati.

3.Masukkan putih telur 1/2 bahagian dan gaulkan.Kemudian masukkan 1/2 lagi & gaul
   perlahan-lahan hingga tiada kelihatan putih telur lg.
   Tujuan digaul perlahan ialah supaya gelembung2 udara dalam putih telur tidak pecah.
   Kek lebih gebu.

4.Sediakan acuan sifon yang berlubang di tengahnya.Tidak perlu digris atau dilapik kertas.
   Tuangkan adunan dan bakar dalam ketuhar pada suhu 180'C selama 45 minit.

5.Telangkupkan kek atas dawai penyejuk dan biarkan ia sejuk selama 15 minit barulah
   keluarkan kek dari tin.

Note:
*kalau nak kek warna oren tambahkan sedikit pewarna oren dalam adunan kuning telur.


Enjoiii...