Salam...
RAINBOW CAKE
BAHAN KEK SPAN CAMPURAN
Sumber resepi:Bicara Kek (Wendy Kor)
Bahan:
Saiz acuan 9''
Bahan A:
300g tepung kek span campuran
300g telur (5 biji telur gred A)
60ml air
Bahan B:
60ml minyak masak
Cara-cara:
1.Masukkan bahan A ke dalam pembancuh elektrik dan kacau hingga sebati.
2.Pukul bancuhan sehingga kembang berkrim.
3.Campurkan bahan B perlahan-lahan dan bancuh hingga sekata.
4.Tuangkan campuran kek ke dalam acuan bersaiz 9'' yang sudah digris dengan marjerin.
Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180'C selama 30-35 minit.
5.Setelah siap dibakar,terlangkupkan kek ke atas rak kek selama 5 minit dan terbalikkan
semula kek itu.Ini untuk menghalang kek daripada tenggelam di bahagian tengah.
Catatan by Rahel:
*Untuk membuat rainbow cake sebanyak 6 lapisan sila doublekan adunan kek (2x).
Bahagi ke 6 bahagian.Bakar setiap bahagian secara berasingan selama 20-25 minit pada
suhu 170'C.
*Setiap bahagian di beri pewarna,mula dari lapisan bawah hingga lapisan atas:
-lapisan pertama/dasar:pewana ungu
-lapisan ke dua:pewarna biru
-lapisan ke tiga:pewarna hijau epal
-lapisan ke empat:pewarna kuning lemon
-lapisan ke lima:pewarna merah muda + sikit pewarna kuning lemon
-lapisan ke enam:pewarna merah + sikit pewarna kuning lemon
*Setelah kek masak,biarkan sejuk.Kemudian buangkan semua kerak2 kek.Simpan dalam
peti sejuk selama 1-2 jam untuk memudahkan proses melepa nanti.
*Jika ada serpihan2 kek jangan dibuang.Hancurkan serpihan kek untuk tabur dipermukaan
kek nanti.
TOPPING N FILLING
By Rahel
Bahan-bahan:(untuk filling)
250g cream cheese-biarkan pada suhu ruang selama 30 minit
60g gula kastor
250g non-dairy whipping cream-diputar hingga kental
1 sudu besar perahan lemon
Cara:
*Putar cream cheese bersama gula kastor hingga licin.Tambahkan perahan lemon.Ratakan.
*Satukan adunan cream cheese dengan whipping cream.Letak kek warna ungu di atas papan
kek saiz 11''.
*Sapukan krim pada permukaan kek & seterusnya buat sampai semua lapisan kek
disapu krim.Simpan dalam peti sejuk.
Topping:
*500g non-dairy whipping cream-diputar hingga kental (masukkan sedikit ke dalam bag piping
untuk hiasan/bunga),untuk hiasan saya guna nozel 20.
*sedikit piping jelly untuk dot2 warna2i pada permukaan kek (bahagi 3 & letak pewarna)
*sedikit serpihan kek dihancurkan
Cara:
*Keluarkan kek dari peti sejuk dan sapu seluruh permukaan kek dengan whipping cream.
*Paipkan whipping cream mengikut bentuk yang anda inginkan.
*Dot2kan piping jelly yg sudah diwarnakan ke atas permukaan atau bahagian tepi kek.
*Akhir sekali taburkan serbuk ke pelangi di atasnya.Simpan dalam peti sejuk sebelum
hidang.
Thanks kepada yang sudi menempah.Selamat mencuba.