Memaparkan catatan dengan label kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kek. Papar semua catatan

Jumaat, 1 April 2016

RED VELVET CAKE

Salam ceria selalu..hari ni Rahel belanja gambar kek red velvet yang diorder oleh seseorang...hehehe..

Pada sesiapa yang berminat untuk order cake,bolehlah email rahel8877@yahoo.com.my
tempahan mestilah ditempah awal sekurang2nya 7 hari.Kalau kek fondant pula mestilah ditempah seawal 1 bulan untuk Rahel siapkan bahan2.Pada yang ada akaun facebook,boleh pm Rahel di facebook Rahel Blogspot atau pun fb Rahel Home Made.







TENKIU


Isnin, 14 Mac 2016

DOUBLE CHOCOLATE INDULGENCE

Salam
Hari ni belanja gambar kek sahaja ya.Resepi tarak share.






Terima kasih Pn Nor Hashidah.
Happy Anniversary,semoga bahagia selalu.

Ahad, 27 Disember 2015

Nutty Chocolate Cake


Kek yang last Rahel buat dalam tahun 2015.Ditempah oleh Pn Hayat dari Kota Kinabalu.Pasni kena naik turun bukit la...last masuk bandar...hehehe...pa pun tq order dan selamat menikmati.

Ahad, 8 Jun 2014

Kek Sempena Majlis Akikah Zer Anora


Rainbow Cake 8" yang simple deco.Dalamnya ialah butter cake di salut dengan cream cheese.


Red Velvet Cake 8" disalut dengan cream cheese frosting...emmm yummy....
Terima kasih yang tak terhingga kepada Pn Suraidah Punimin atas kepercayaan yang diberikan untuk menyiapkan dua biji kek di atas.Semoga berpuas hati ya...mohon maaf jika ada yang terkurang.

Isnin, 2 September 2013

Wedding Cake

Salam ceria selalu kepada yang setia melawat  dapur adunan Rahel.Hari ni share entry yang tertangguh lagi.Kalau cakap bab kek untuk pengantin memang Rahel nda' reti buat.Walaupun selalu buat kek tapi kek-kek yang cantik dan berhias memang buka kepakaran gue,jadi mohon maaf atas semua kekurangan.Berdasarkan khabar dari Puan Fareda pasangan pengantin mahu kan kek yang simple tapi sedap...dan mereka memilih Kek Coklat Ganache dan Kek Keju Beri Biru & Pisang,jadinya Rahel pun memilih Moist Chocolate Cake yang dihias dengan coklat krim dan ganache untuk topping.Bestnya kan...dapat dua kek yang berlainan rasa.Yang bunga tu pulak guna yang ready made dari kedai...hehehe...tak sempat buat la..colour bunga ikut tema baju penganti...maroon...
 
 
Ganache
Sumber:Fabulous Cake Busines (Chef Alex Goh)
 
300g dark compound chocolate
200g UHT whipping cream
50g unsalted butter
 
Cook whipping cream until boils.Add it into the finely chopped chocolate and stir until melted
completely.
Add butter and mix until well combined.Leave it overnight to thicken.
 
 
Moist Chocolate Cake
Sumber:Fabulous Cake Busines (Chef Alex Goh)
 
Bahan A:
250g butter
320 sugar
1/4 tsp coffee paste
 
Bahan B:
4 eggs
 
Bahan C:
320g plain flour
50g cocoa powder
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
 
Bahan D:
240g milk
 
Topping:
300g Ganache
 
Method:
1.Cream (A) whit flat beater at medium speed until light and fluffy.Stop to scrap the sides and
   bottom of bowl with rubber spatula.
2.Add (B) gradually and cream until smooth and light.Stop to scrap the sides and bottom
   of bowl with rubber spatula after each addition.
3.Add (C) and (D) alternately and mix at low speed until well incorporated.Stop to scrap down
   the sides and bottom of the bowl with rubber spatula.
4.Line the 3x1.25-inch cupcake moulds with paper cups.Deposit the batter onto the moulds.
   Makes 24 pieces.
   (yang ni saya bakar dalam Loyang besar,pandai2 la adjust yea)
5.Bake at 180'C in the middle rack of the oven for 25 minutes.Set aside to cool.
   (jika guna Loyang besar kena bakar lama sikit sampai masak,jangan terlebih masak pulak,
   nanti kek retak seribu).
6.Pipe ganache rosettes on top,decorate as desired.
   (hias kek sesuai selera)
 
 
KEK KEJU BERI BIRU & PISANG
Sumber Resepi:I Love Cake
 
 
Kek Keju Beri Biru & Pisang pilihan pengantin lelaki..memang nyaman rasanya...dalamnya ada potongan2 pisang segar dan juga bluberi filling...tepi kek Rahel hias dengan freh cream sahaja dan atasnya pulak dilimpahi dengan bluebri pie filling....wallaaa...bayangkanlah....
 
Rahel ucapkan banyak terima kasih kepada Puan Fareda Ahmad dan juga kepada pengantin baru.Selamat menempuh alam rumah tangga,semoga bahagia hingga ke syurga.
Enjoiii....


Sabtu, 24 Ogos 2013

Nyonya Butter Cake

Salam sejahtera.
 
 
 
 
Nyonya Butter Cake
Sumber resipi:Chef Ricky Ng
 
Bahan-bahan:(Loyang 10" x 10")
500g butter
400g castor sugar
8 biji telur gred A
500g tepung naik sendiri
8 sudu besar susu
2 tsp esen vanilla
 
Cara membuat:
1.Satukan gula dan butter dalam mangkuk adunan.Pukul sehingga kembang.
2.Tambahkan telur satu persatu.Pukul rata setiap kali menambah telur.
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit (3x).Putar perlahan sehingga rata.
4.Akhir sekali tambahkan susu dan esen vanilla.Gaul sebati.
5.Bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 60 minit.
 
*Rahel buat 1/2 adunan dari resepi asal guna Loyang 4" x 8"
*Untuk susu pula Rahel guna fresh milk.
*Untuk kek butter yang sedap dan Wangi pastikan guna butter yang berkualiti,elakkan guna
  butter cup,marjerin.Dalam adunan kek butter Rahel suka guna butter jenama golden churn.
 
 
 
Selamat menikmati.


Khamis, 9 Mei 2013

Kek Padang Sepak Bola

Salam manis,semoga ceria selalu.
 
 
KEK COKLAT KUKUS BASAH
Sumber Resepi:Zubaidah Bt Che'pa

Bahan-bahan:(Loyang 9x9")
300g tepung superfine}
150g serbuk koko}
1 1/2 tsp serbuk penaik}
1 1/2 tsp soda bikarbonat}-diayak
5 biji telur B (4 biji telur + 1 biji kuning telur)
300g gula kastor
1 1/2 cawan susu pekat manis
1 1/2 minyak masak
1 1/2 cawan air panas

Cara-cara:
1.Griskan Loyang dan lapik dengan kertas minyak.
2.Pukul telur,susu pekat manis dan gula dengan jarring.
3.Masukkan tepung yang diayak dan kacau sebati.
4.Tambahkan minyak masak,kacau sebati.
5.Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata.
6.Tuangkan adunan ke dalam Loyang.Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.

*Saya guna 330g tepung superfine,120g serbuk koko utk adunan kek.
*Kek boleh dibakar dalam oven pd suhu 170'C selama 80 minit atau sehingga masak.
 

GANACHE
Sumber:Alex Goh
300g dark chocolate compound
150g dairy cream
50g butter

Cara membuat:
1.Panaskan butter bersama cream hingga cair.Tuang ke dalam potongan2 coklat.Gaul hingga
   coklat cair.Biarkan sejuk semalaman atau letak dlm peti sejuk selama 1 jam sebelum diguna.

BUTTER CREAM (untuk hiasan hijau/rumput)
Sumber:Kembang Kempis,MyR

Bahan-bahan:
250g shortening/butter
125g krimwell
125g gula aising-diayak

Cara membuat:
1.Pukul butter + krimwell hingga putih.Masukkan gula aising,pukul lagi hingga kembang &
   putih.Suaikan warna untuk hiasan kek.
 
 
 KEK PADANG SEPAK BOLA

Cara membuat:
1.Potong kek coklat kepada 3 lapisan.
2.Ambil satu bagian kek dan letak di atas papan kek 12''.Sapu dengan ganache.
3.Ulangi cara no.2 hingga selesai.Sapu permukaan dan tepi kek dengan ganache.
   Hias sesuai dengan selera anda.
4.Masukkan sedikit butter cream putih ke dlm piping bag dan buatlah garisan putih
   seperti dalam gambar kek.
5.Masukkan butter cream hijau ke dlm piping bag yg diletak nozel rumput.Picitkan di atas
   permukaan kek.Hias mengikut kreativiti anda.
 
 
 Selamat menikmati.Terima kasih.
 


Rabu, 8 Mei 2013

Red Velvet Marble Cheese Cake

Selamat pagi..semoga sentiasa sihat dan ceria...
 
Red Velvet Marble Cheese Cake
Sumber resipi:Joy Of Baking
Diolah oleh:Rahel
 
Bahan Red Velvet Cake:(Loyang 9")
250g tepung kek/tepung super fine}
1/2 sdt garam                                  }-->diayak
15g serbuk koko                             }
113g mentega
290g gula kastor
2 biji telur gred A
1 sdt esen vanilla
240ml buttermilk
2 sudu besar cecair pewarna merah (saya letak 1/2 sdb sahaja)
1 sdt white vinegar/jus lemon
1 sdt baking soda
 
Cara-cara:
1.Pukul mentega sehingga lembut lebih kurang 1 minit.
2.Masukkan gula dan terus memutar hingga ringan dan gebu (2-3 minit)
3.Masukkan telur satu persatu dan pukul setiap kali dimasukkan.
4.Masukkan esen vanilla dan putar hingga sebati.
5.Dalam larutan buttermilk,masukkan pewarna merah dan kacau sebati.
6.Pada kelajuan sederhana,masukkan tepung berselang seli dengan larutan buttermilk
   dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tpg dulu,kemudian semua buttermilk
   dan seterusnya semua tepung yg masih berbaki).
7.Dalam satu mangkuk,campurkan cuka dg bkg soda.Campuran akan berbuih atau berbusa.
   Dengan segera tuang ke dalam adunan kek dan terus kaup balik.
8.Masukkan adunan ke dalam Loyang yg telah digris dan bakar di dalam oven
   pada suhu 170'C selama 50-60 minit.
9.Setelah kek masak keluarkan dari oven dan buatlah adunan cream cheese (lapisan marble).
 
Nota:Buttermilk (1 sdb cuka/jus lemon + 240ml susu segar suhu ruang,biarkan 10 minit
         sebelum digunakan).
 
 
Lapisan Marble Cheese
Sumber resepi:Rahel
 
Bahan-bahan:
250g cream cheese
60g gula kastor
1 biji telur gred A
1 sudu teh jus lemon
 
*sedikit chocolate emulco}
*sedikit red colour            }-disatukan
 
Cara membuat:
1.Pukul cream cheese bersama gula hingga berkrim.Tambahkan telur.Pukul rata.
   Tambahkna jus lemon.Kacau rata.
2.Ambil 3 sudu besar adunan cheese dan satukan dengan pewarna.Masukkan dlm piping bag.
3.Tuang adunan cream cheese tadi ke atas kek red velvet yang sudah masak.Ratakan.
4.Picitkan adunan berwarna ke atas adunan cream cheese bentuk garis memanjang.Lorekkan
   dengan lidi satay hingga membentuk corak marble.Hentakkan untuk buang gelembung
   udara.
5.Bakar dengan kaedah steam bath selama 25-30 minit pd suhu 170'C.
6.Setelah masak,biarkan kek benar-benar sejuk selama 4-5 jam baru dipotong.
   Selamat mencuba.
 

Terima kasih kepada teman2 yang sudi menempah Red Velvet Marble Cheese Cake.
Kini masa untuk Rahel pulak menikmati RVMCC bersama secangkit the hangat.....


Jumaat, 5 April 2013

Kek Coklat Amerika

Selamat petang...jom jamu mata...


KEK COKLAT AMERIKA
Sumber:Bicara Kek/Wendy Kor

Bahan A:
20g coklat emulco
50g serbuk koko
200ml air suam

Bahan B:
250g mentega
300g gula kastor
1/2 sudu teh garam

Bahan C:
240g telur
1 sudu teh esen vanilla

Bahan D:
250g tepung paling halus
1/2 sudu teh serbuk soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik

Cara-cara:
1.Campurkan semua bahan A dan kacau hingga sebati.Ketepikan dahulu.
2.Pukul bahan B sehingga kembang dan berbentuk krim lalu masukkan bahan C.
3.Masukkan bahan D dan A dan gaul hingga sekata.
4.Tuangkan campuran kek ke dalam acuan bersaiz 9" yang sudah digris.Bakar dalam ketuhar
   yang sudah dipanaskan pada suhu 170'C selama 50-60 minit.
   Biarkan kek menyejuk setelah masak.
5.Potong kek coklat kepada 3 lapisan.Sapu coklat cair di antara lapisan kek dan susun elok.
   Salutkan seluruh kek dengan coklat cair dan hias sesuai kreativiti masing-masing.
6.Sejukkan di dalam peti sejuk untuk beberapa jam sebelum dihidang.

GANACHE

Bahan-bahan:
50g sirap kencana (glucose syrup)
500g dairy fresh cream
500g coklat masakan
50g mentega

Cara-cara:
1.Masukkan semua bahan dan double boil sehingga cair.Biarkan ia semalaman pada suhu bilik
   atau sejukkan di dalam peti sejuk untuk satu jam.Siap.


Enjoi...

Jumaat, 28 Disember 2012

Rainbow Cake II

Salam...


RAINBOW CAKE

BAHAN KEK SPAN CAMPURAN
Sumber resepi:Bicara Kek (Wendy Kor)

Bahan:
Saiz acuan 9''

Bahan A:
300g tepung kek span campuran
300g telur (5 biji telur gred A)
60ml air

Bahan B:
60ml minyak masak

Cara-cara:
1.Masukkan bahan A ke dalam pembancuh elektrik dan kacau hingga sebati.
2.Pukul bancuhan sehingga kembang berkrim.
3.Campurkan bahan B perlahan-lahan dan bancuh hingga sekata.
4.Tuangkan campuran kek ke dalam acuan bersaiz 9'' yang sudah digris dengan marjerin.
   Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180'C selama 30-35 minit.
5.Setelah siap dibakar,terlangkupkan kek ke atas rak kek selama 5 minit dan terbalikkan
   semula kek itu.Ini untuk menghalang kek daripada tenggelam di bahagian tengah.

Catatan by Rahel:
*Untuk membuat rainbow cake sebanyak 6 lapisan sila doublekan adunan kek (2x).
  Bahagi ke 6 bahagian.Bakar setiap bahagian secara berasingan selama 20-25 minit pada
  suhu 170'C.
*Setiap bahagian di beri pewarna,mula dari lapisan bawah hingga lapisan atas:
  -lapisan pertama/dasar:pewana ungu
  -lapisan ke dua:pewarna biru
  -lapisan ke tiga:pewarna hijau epal
  -lapisan ke empat:pewarna kuning lemon
  -lapisan ke lima:pewarna merah muda + sikit pewarna kuning lemon
  -lapisan ke enam:pewarna merah + sikit pewarna kuning lemon
*Setelah kek masak,biarkan sejuk.Kemudian buangkan semua kerak2 kek.Simpan dalam
  peti sejuk selama 1-2 jam untuk memudahkan proses melepa nanti.
*Jika ada serpihan2 kek jangan dibuang.Hancurkan serpihan kek untuk tabur dipermukaan
  kek nanti.


TOPPING N FILLING
By Rahel

Bahan-bahan:(untuk filling)
250g cream cheese-biarkan pada suhu ruang selama 30 minit
60g gula kastor
250g non-dairy whipping cream-diputar hingga kental
1 sudu besar perahan lemon

Cara:
*Putar cream cheese bersama gula kastor hingga licin.Tambahkan perahan lemon.Ratakan.
*Satukan adunan cream cheese dengan whipping cream.Letak kek warna ungu di atas papan
  kek saiz 11''.
*Sapukan krim pada permukaan kek & seterusnya buat sampai semua lapisan kek
  disapu krim.Simpan dalam peti sejuk.

Topping:
*500g non-dairy whipping cream-diputar hingga kental (masukkan sedikit ke dalam bag piping
         untuk hiasan/bunga),untuk hiasan saya guna nozel 20.
*sedikit piping jelly untuk dot2 warna2i pada permukaan kek (bahagi 3 & letak pewarna)
*sedikit serpihan kek dihancurkan

Cara:
*Keluarkan kek dari peti sejuk dan sapu seluruh permukaan kek dengan whipping cream.
*Paipkan whipping cream mengikut bentuk yang anda inginkan.
*Dot2kan piping jelly yg sudah diwarnakan ke atas permukaan atau bahagian tepi kek.
*Akhir sekali taburkan serbuk ke pelangi di atasnya.Simpan dalam peti sejuk sebelum
  hidang.
Thanks kepada yang sudi menempah.Selamat mencuba.

Jumaat, 21 Disember 2012

Kek Batik Badam Berkrim

Salam manis buat semua pengunjung setia dapur ILC.Semoga sihat dan ceria selalu.Kalau nak lebih ceria buatlah kek yang sedap-sedap...hidangkan...

KEK BATIK BADAM BERKRIM
Sumber:SAJI,November,2012 (Chef Sherson Lian)

Bahan-bahan kek:
150g coklatmasakan gelap-cincang kasar
428g biskut krim kraker-patah empat---->>>i ganti dengan biskut marie
250g mentega
1/2 cawan gula perang (80g)
3/4 cawan susu pekat (220g)
1 cawan susu cair (250ml)
2 biji telur-pukul--->>>i guna 2 biji telur gred A
1 sudu besar esen vanila
1/2 cawan serbuk badam (50g)

Hiasan:
Kepingan badam-sangai
125ml krim putar
1 paket Nescafe 3 dalam 1
*ketiga bahan di atas saya tidak gunakan untuk menghias kek,tapi terpulanglah kepada pilihan
  anda.

Cara membuat kek:
1.Cairkan mentega dan gula.Kemudian masukkan coklat,kacau hingga cair.
2.Dalam periuk lain,panaskan susu cair sedikit suam.Ketepikan.Tambahkan telur sedikit demi
   sedikit sambil terus pukul supaya tidak berketul
3.Setelah sebati,campurkannya ke dalam adunan coklat tadi.Tambahkan susu pekat dan esen-
   vanila.Masak hingga sebati dan likat.
4.Masukkan serbuk badam dan biskut yang telah dipatahkan.Salut rata biskut dengan coklat dan
   tutup api.
5.Seterusnya masuk dan padatkan ke dalam loyang yeng telah dialas kertas minyak.(i guna loyang
   saiz 8")
6.Taburkan kepingan badam hingga menutupi permukaan biskut.Sejuk dan keraskan dalam peti-
   sejuk.
7.Untuk krim,pukul krim putar bersama nescafe 3 dalam 1 hingga kembang.Hidangkan bersama
   kek batik.

*Jika hendak menggunakan 100% resepi gunalah cara membuat kek dari cara 1-7,tetapi jika
  nakkan kek yang serupa dalam gambar yang ada di sini sila abaikan cara 6-7,kemudian hiaslah
  kek anda dengan fresh cream dan coklat ganache.

TOPPING KEK

1).250g non dairy whipped cream-putar hingga kental-salutkan pada seluruh kek dengan rapi.
    Simpan kek dalam peti sejuk selama 30 minit.

2).GANACHE
     Sumber:Bicara Kek (Wendy Kor)

Bahan-bahan:
250g dairy whipped cream
250g cooking chocolate
1 sudu besar Sirap Kencana (glucose syrup)
20g butter

Cara membuat:
1.Cairkan coklat masakan,whipped cream,sirap kencana dan mentega cara double boil
   untuk dibuat ganache.Salutkan ganache pada seluruh kek yang telah disalut dengan
   fresh cream tadi dengan rapi.Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Enjoi...

Sabtu, 27 Oktober 2012

Super Moist Eggless Chocolate Cake

Salam.


Super Moist Eggless Chocolate Cake
Sumber:Dayang Jack 

Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk dari peti sejuk
1 cawan gula perang
1 sk esen vanila
1/2 sk coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak atau minyak jagung atau mentega cair
1 sk cuka atau jus lemon

Cara:
1.Panaskan oven pada suhu 160'C.Sediakan loyang kek.Griskan dengan mentega.
2.Ayakkan tepung bersama bkg powder,soda bikarbonat & serbuk koko dalam bekas besar.
   Masukkan tepung susu,garam & gula perang.Kemudian kacau rata-rata.
3.Masukkan air sejuk,minyak,esen vanila & coffee emulco/chocolate emulco.Kacau perlahan-
   lahan dengan whisk.Pastikan adunan tidak berketul.
4.Akhir sekali,masukkan cuka atau jus lemon.Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
5.Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak.
6.Sejukkan kek setelah masak.Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.
Enjoi.

Sabtu, 6 Oktober 2012

Blended Mango Cake

Salam....
Blended Mango Cake
Sumber:Blended Orange Cake Kak Fida

Bahan:
100g isi buah mangga
1 cawan minyak
2 cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sudu besar baking powder*---ayak

Cara:
1.Masukkan isi mangga ke dalam blender bersama minyak,gula,telur.Kisar hingga halus.
2.Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2
   sambil dikacau sebati.
3.Tuangkan adunan ke dalam loyang yang beralas & gris.
4.Bakar pada suhu 170'C selama 40minit hingga 1 jam atau hingga masak.
Selamat mencuba.

Khamis, 7 Jun 2012

Kek Pisang Marble

Selamat pagi dan selamat bersiaran kembali.Apa khabar semuanya? dah siap sarapan k? Pagi ni Rahel hidang Kek Pisang Marble untuk sarapan.
Bila nampak geng masak-masak tayang kek pisang marble memang tak tahan dibuatnya,kalau ikutkan hati time tu jugak nak buat kek pisang.Oh ya,resepi kali ni memang sama juga dengan Blended Banana Cake yang Pernah Rahel buat dulu sebab malas nak selongkar dapur orang cari resepi kek pisang..hanya tambah chocolate emulco je dalam adunan untuk kasi corak marble..senang kerja kan..tapi hasilnya tetap enak dong...
Kek Pisang Marble
Sumber resepi:Rahel

Bahan-bahan:
150g pisang ranum (apa2 pisang yg ranum pun bole guna)
180ml minyak masak
1 cawan gula kastor
3 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum}
1 sudu teh serbuk penaik}
1/4 sudu teh serbuk soda bikarbonat}'diayak
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate emulco

Cara:
1.Panaskan ketuhar pada suhu 170'C.Griskan acuan sifon dengan mentega/marjerin.
2.Minyak,telur,gula kastor dan pisang diblend hingga hancur.
3.Tuang ke dalam mangkuk besar.Masukkan pula esen vanila dan tepung yang sudah diayak
   tadi.Gaul rata.
4.Bahagi adunan kepada dua bahagian.Yang satu bahagian diberi chocolate emulco dan yang
   satu bahagian dibiarkan pada warna asal.
5.Tuangkan adunan coklat ke dalam acuan diikuti adunan warna asal.Buat seperti ini hingga
   selesai.
6.Bakar dalam ketuhar pada suhu 170'C selama 45 minit guna api atas dan bawah.

Selamat menikmati Kek Pisang Marble.

Sabtu, 12 Mei 2012

Black Forest Cake

Selamat pagi dan selamat berhujung minggu kepada semua..semoga sentiasa sihat dan ceria.Kita teruskan lagi share resepi Black Forest Cake dari Wendy Kor sebab kek kali ni memang menggunakan dua resepi,pertama menggunakan resepi Kek Span Coklat Chef Noraini Zakaria dan yang kedua resepi hiasan dan filling menggunakan resepi Wendy Kor..tapi terpulanglah pada pilihan masing-masing.


Black Forest Cake
Sumber:Buku Resepi/Wendy Kor

Bahan-bahan:
300g ceri kering hitam-->Rahel guna ceri hitam dalam tin
400g Krim Segar Bukan Susu(Non-Dairy Fresh Cream)
300g Blueberry Pie Filling
100g coklat blok
100g coklat urai-->Rahel guna coklat parut
100g ceri marachino

Cara:
1.Potong kek span kepada 3 lapisan.
2.Putar krim segar sehingga kembang menjadi aising.
   Letak satu lapisan kek di atas alas kek dan sapukan aising.Letak ceri hitam.
   Sapu sekali lagi dengan lapisan aising nipis.
3.Lapiskan satu lagi lapisan kek dan ulang langkah seperti di atas dengan blueberry pie
   filling.
4.Letak lapisan kek yang ketiga dan salut aising pada seluruh kek dengan rapi.Gunakan
   sikat aising untuk membuat jalur pada salutan aising.
5.Hias sisi kek dengan coklat urai dan paipkan putaran aising di atas permukaan kek.
   Letak ceri marachino di atas putaran aising.
6.Sagat coklat blok dan hiaskan di atas kek.


Kek Span Coklat

Bahan:
250g chocolate sponge mix
4 biji telur
50ml air
50ml minyak masak

Cara:
1.Masukkan sponge mix,telur dan air ke dalam pembancu elektrik dan kacau hingga sebati.
2.Pukul bancuhan sehingga kembang dan berkrim.
3.Masukkan minyak perlahan-lahan dan bancuh hingga sekata.
4.Tuang campuran kek ke dalam acuan bersaiz 9'' yang sudah digris dengan marjerin.
   Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180'C selama 45 minit.
5.Setelah siap dibakar,terlangkupkan kek ke atas rak kek selama 5 minit dan terbalikkan
   semula kek itu.Ini untuk menghalang kek daripada tenggelam di bahagian tengah.



Selamat mencuba..

Isnin, 7 Mei 2012

Sweet Potato Cake

Salam manis kepada semua..kita teruskan lagi pada resepi fresh cream untuk Kek Keledek ni,memang mudah je nak dapatkan bahan2nya serta cara penyediannya.








Topping Cream
Sumber:Buku Resepi

Bahan:
300g puri keledek
800g krim segar bukan tenusu (Non-Dairy Fresh Cream)
Beberapa titis pewarna ungu

Cara:
1.Potong kek kepada 3 lapisan (lihat resepi kek di sini )
2.Pukul puri keledek,krim segar dan pewarna ungu sehingga kembang menjadi aising.
   Sapukan aising d antara lapisan kek.Salutkan aising pada seluruh kekdengan rapi.
3.Gunakan bag aising untuk menghias corak aising.Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum
   dihidangkan.

Yang ni pulak cara Rahel buat Topping Cream:
1.Keledek direbus hingga lembut,kemudian toskan,lenyek hingga halus di atas saringan
   utk mendapatkan puri keledek yang benar-benar halus dan licin.
2.Putar krim segar pada kelajuan sedang,bila dah mula kembang tambahkan pewarna &
   puri keledek.Putar lagi hingga benar-benar gebu dan licin.Salutkan pada kek.

*Jika krim segar dicampur dengan puri keledek maknanya rasa pun dah berkurang,jadi
  sebaiknya tambahkan gula aising sedikit ketika memutar krim segar.


Selamat mencuba..