Jumaat, 11 November 2011

Kek Coklat Kukus Basah

Nah...selamat datang,sambung lepak lagi kat sini sambil cuci mata.Kek Coklat ni dah banyak kali buat tapi tak pernah lagi share resepinya kat sini,dan memandangkan kek coklat yang satu ni memang sedap banget..maka cepat habislah pulak...hahaha...




Ok..ni dia resepinya..senang disediakan..tak perlu guna mixer ,kacau-kacau saja..pastu masuk dalam loyang and kukus sampai masak..tapi yang ni Rahel bagi sikit cream cheese dan coklat parut atasnya,supaya lebih mantap...dan licin turun ke tekak..

Kek Coklat Kukus Basah
Resepi:Zubaidah Bt Chepa

Bahan:
200g tepung superfine
100g serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur B
200g gula pasir
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Cara:
1.Ayak tepung,soda,serbuk penaik dan serbuk koko.
2.Di bekas yang lain pukul telur,susu pekat manis dan gula dg jaring.
3.Masukkan tepung yang diayak dan kacau sebati.
4.Masukkan minyak.Kacau sebati.
5.Akhir sekali,masukkan air panas dan kacau rata.
6.Griskan acuan 8x8" bulat.
7.Tuangkan adunan.Kukus selama 1 jam

*resepi sesuai yang tercatit dalam buku resepi*

20 ulasan:

  1. morning rahel...sedapnya kek coklat, moist gitu....mintak sepiring...

    BalasPadam
  2. Liza
    ambik resepi la ek..kek dah abis..sodap..

    BalasPadam
  3. As'salam Rahel


    k.ct dah copy resipi, tr kasih banyak2..daaaa

    BalasPadam
  4. Wahhhhh..Terguda sungguh tngok kek coklat ni....Gebuuuuu jeeee

    BalasPadam
  5. wsalam Kak Ct
    terima kasih sudi singgah di sini..silahkan dicuba..

    BalasPadam
  6. Jujue Ahmad
    Iyo..bab sedap la cepat abis..hihihi..

    BalasPadam
  7. Sue @ Ninie
    memang gebus kek coklat ni n moist je..

    BalasPadam
  8. macam mana nk buat cream cheese tu?

    BalasPadam
  9. Cream cheese frosting:
    250g cream cheese
    80g gula kastor
    70g mentega tanpa garam

    *satukan bahan ini dan pukul hingga licin.

    BalasPadam
  10. Rahel...boleh x kek kukus coklat moist ni kita potong melintang utk letak krim putar+ blueberry filing, sbb i nak potong kek tuh ada rasa blueberry coklat..tp saya x pernh try..sedap x rasanya?

    BalasPadam
  11. salam

    rahel, ita dah try buat kek ikut resipi kat atas dan kukus tp kenapa kek tu jd pecah merekah ye? adakah kerana pukul adunan guna mixer dan tak guna whisk jd camtu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. x nak bagi merekah tutup ngan aluminium foil...

      Padam
  12. Wsalam Ita...
    Hehe...kek ni memang merekah atas dia ....

    BalasPadam
  13. Salam . .
    macammana kalau nk letak coklat frosting instead of cream cheese frosting ?

    BalasPadam
  14. Dah cuba ...memang lembap ...sedap ..

    BalasPadam
  15. Pukul telur +susu +gula dgn mixer dlm 10 minit..

    BalasPadam
  16. nak tanya, sukatan 200g tepung tu sama dengan berapa cawan ya? satu cawan ke..

    BalasPadam
  17. Untuk coklat parut atas kek tu guna coklat jenis apa? Milk. Atau dark

    BalasPadam