Salam...
Kek TiramisuSumber:Kompilasi Hidangan Kek/Puan Noraini Zakaria
Bahan-bahan:
1 biji kek span kopi berukuran 8 inci.
250g krim keju
120g gula kastor
150g yogurt perisa asli
200g krim putar tenusu (dairy whipping cream)
20g gelatin}
80ml air mendidih}-dilarut dan disejukkan
Sedikit serbuk koko
Bahan sirap kopi disatukan:
1 sudu makan kopi segera Nescafe
Sedikit pes kopi
3 sudu makan gula pasir
1/4 cawan air panas
Cara membuat:
1.Belah kek span kopi pada 3 lapisan.Potong bahagian atasnya.
2.Krim putar dipukul hingga kembang.Simpan dalam peti sejuk.
3.Krim keju dipotong kecil-kecil.Masukkan ke dalam periuk.Campurkan gula kastor.Panaskan
atas api yang kecil hingga cair.Masukkan yogurt.Kacau rata dan angkat dari api.Sejukkan.
4.Campur gelatin ke dalam adunan krim keju bersama krimputar tadi.Kacau sebati dan simpan
dalam peti sejuk selama 10 minit agar ia pekat sedikit.
5.Ambil selapis kek span dan letakkan ke dalam acuan bulat berukuran 8 inci yang boleh di
tanggalkan bawahnya.Renjis sirap kopi atas kek supaya ia lembap.Kemudian tuangkan 1/2
dari adunan krim keju atas kek ini.Ratakan krim di tepi kek.Buat sebanyak 3 kai seperti ini.
6.Tuangkan lebihan krim keju atas kek hingga menutupi bahagian tepi kek.Hentakkan 2-3 kali
atas meja agar krim keju sampai ke bawah.Taburkan serbuk koko dengan menggunakan
penapis kopi.
7.Sejukkan kek dalam bahaian dingin beku selama 5 jam.
Kek Span Kopi
Sumber:Kompilasi Hidangan Kek (Puan Noraini Zakaria)
Bahan kek span vanila:
120g gula kastor
10g ovalette
4 biji telur gred A
130g tepung kek)
1 sudu teh serbuk penaik)-diayak A
40g air
60g minyak masak/mentega cair
1 sudu teh esen kopi
Cara membuat:
1.Griskan acuan kek bulat berukuran 8 atau 9 inci.Lapis dengan kertas serap minyak.
Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.
2.Satukan gula kastor,ovalette,telur dan bahan (A) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dengan
kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinnggi dan pukul lagi hingga kembang
selama 5 minit.
3.Perlahankan kelajuan & tuangkan air & esen .Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama
5 minit hingga adunan ringan dan gebu.
4.Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.
5.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.
6.Setelah masak,terlangkupkan agar ia tidak mendap.Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan
lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.Biarkan ia sejuk.
Potong kek kepada 3 lapisan.
Enjoi.
perghhhh, mintak sikit utk mkn ptg nnt...hiihhii
BalasPadamLiza salin resepi dulu ye rahel, thnx...
rahel.. bestnyerr.. akak tumpang lalu minta resepi.. cantik sgt blog rahel ni..
BalasPadamSalam Rahel,
BalasPadambila letak serbuk koko kan, saya nak pipe fresh krim tu x nak melekat la pulak.. hehehehe
rahel buat macam mana ya
Dapur IbuCergas
IbuCergas