Sabtu, 27 Oktober 2012

Super Moist Eggless Chocolate Cake

Salam.


Super Moist Eggless Chocolate Cake
Sumber:Dayang Jack 

Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk dari peti sejuk
1 cawan gula perang
1 sk esen vanila
1/2 sk coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak atau minyak jagung atau mentega cair
1 sk cuka atau jus lemon

Cara:
1.Panaskan oven pada suhu 160'C.Sediakan loyang kek.Griskan dengan mentega.
2.Ayakkan tepung bersama bkg powder,soda bikarbonat & serbuk koko dalam bekas besar.
   Masukkan tepung susu,garam & gula perang.Kemudian kacau rata-rata.
3.Masukkan air sejuk,minyak,esen vanila & coffee emulco/chocolate emulco.Kacau perlahan-
   lahan dengan whisk.Pastikan adunan tidak berketul.
4.Akhir sekali,masukkan cuka atau jus lemon.Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
5.Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak.
6.Sejukkan kek setelah masak.Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.
Enjoi.

3 ulasan:

  1. menariknyeee:D Nak try lah ur resepi :D thanks dear!

    BalasPadam
  2. Silahkan Miss Jue....thanks.

    BalasPadam
  3. xad telur lgsg ye..menarik..

    BalasPadam