Ahad, 8 Januari 2012

Cotton Cheese Cake

Selamat malam semua...singgah sekejap kat dapur untuk menikmati sepotong kek.Kali ni Rahel cuba pulak buat cotton cake resepi Wendy Kor..rasa dia memang tersangat la sedap..lembut dan wangi je..dan sudah tentu ada di antara kawan-kawan yang dah pun mencuba resepi ni..dan pastinya suka banget..so jom tengok resepi..


Cotton Cheese Cake
Resepi:Wendy Kor/Bicara Kek

Bahan A:
60ml susu U.H.T.
160g krim keju
30g mentega

Bahan B:
4 biji kuning telur
10ml jus lemon

Bahan C:
30g tepung paling halus
30g tepung jagung

Bahan D:
4 biji telur
100g gula kastor
2g garam

Cara:
1.Masak bahan (A) cara kukus.Kacau hingga lembut dan sebati.Ketepikan
   dahulu.
2.Tambahkan bahan (B) dan gaul hingga sekata.Kemudian masukkan bahan (C)
   dan bancuh hingga sebati.
3.Pukul bahan (D) pada kelajuan sederhana sehingga naik dan kembang.Masukkan
   perlahan-lahan ke dalam bancuhan No.2 dan kacau hingga sekata.
4.Tuangkan bancuhan ke dalam acuan bersaiz 9".Bakar kukus dalam ketuhar yang
   sudah dipanaskan pada suhu 150'C selama 60-70 minit.
5.Apabila kek sudah siap masak,terbalikkan kek selama 5 minit sebellum dikeluar-
   kan dari acuan.Cara ini adalah untuk mengelakkan kek daripada tenggelam di
   bahagian tengah.

Pesan:
*Rahel guna loyang berbentuk oval untuk membakar kek dan setelah kek masak
  Rahel terbalikkan ke dulang untuk mengelakkan corak bergaris-garis kat per-
  mukaan kek.



Enjoiiii...

16 ulasan:

  1. salam rahel.....wow! gebunya kek nie....suka tgk kek yg lembut2 dan gebu2 .....nk tanya sikitlah,tepung yg paling halus tu tepung apa yerk?...
    nak cuba buat tp x pandai..hehehe...

    BalasPadam
  2. salam rahel...cantik dan gebussnya kek ni....jeles gue tgk....hihihihi

    BalasPadam
  3. wsalam Myda..
    tepung paling halus/superfine flour..pun boleh ganti dengan tepung kek atau top flour,tepung istimewa..terima kasih.

    BalasPadam
  4. Wsalam Liza...
    jangan jeles2...awak pun boleh buat tau..

    BalasPadam
  5. As'salam Rahel

    Woww..gebunya kek ni Rahel. k.ct suka kek2 macam ni lembut masuk kedalam mulut. selalunya cotton cheese cake ni memang susah sikit nak dapat kelembutan kalau buat tersalah stepkan Rahel..adoiii..terus tergoda :)

    BalasPadam
  6. Rahel,
    dah terasa kelembutan cotton cheese cake tu... adeeeh! rugi tak singgah rumah Rahel masa ulang alik mesyuarat di Tawau hari tu! mesti banyak koleksi kek Rahelkan!

    BalasPadam
  7. menggoda kemontokannya itu...hehe

    BalasPadam
  8. Wsalam Kak Ct...
    betul cakap akak tu..tersilap sikit memang hancuss jadinya kek ni..memang cerewet dan kena hati2 time buat adunan dia..


    Tu la Kak Amie...
    dapat juga merasa kek seandainya singgah kat umah..klu dah abis..leh buatkan yg baru lagi..


    Tima kasih Lidasarrah...

    BalasPadam
  9. Salam....kukus bahan A 2 mksudnye cmne ek,krg phm bru nk blaja wat....

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam Amyza..
      kukus bahan A tu maksudnya masak cara double boil.

      Padam
  10. as salam...bahan D tu,telur tu maksudnya semua bahagian telur ke atau putih telur je ? bakar kukus tu maksudnya ' waterbath' ke ? tq..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam...bahan D tu maksudnya putih telur je.

      Padam
  11. salam sis...
    loyang tu perlu digris dulu x? ke kena lapik dgn baking paper?

    BalasPadam
  12. Hi rahel,
    I m sure ur cheese cake taste as gd as it looks.
    I wud love to try ur recipe.
    Wud appreciate if u cud verify in bahan D .. is it 4 whole eggs or 4 egg whites.
    Tks.

    BalasPadam
  13. Assalam Rahel..
    kek nampak sgt gebus & mulus..
    nak tanya lah klu kek gini selamat tak klu bungkus dgn fondant?

    BalasPadam