Khamis, 9 Februari 2012

Apam Oren Mekar

Selamat petang semua..dah siap minum petang k?..kali ni Rahel nak share pulak resepi apam yang sempoi tapi sedap..sebenarnya Rahel tak tau nak bagi nama apa kat resepi kali sebab resepi asal menggunakan pisang..mula-mula tengok resepi kat Fb group HIDANGAN SEDAP..nama dia Apam Pisang Mekar yang dipostkan oleh Ida Azida,pastu mulalah mencari tuan punya resepi..cari punya cari rupa2nya resepi tu bersumber dari Kak Reen Khan,so Rahel pun cari2 la resepinya kat dapur Kak Reen,cari punya cari..rupa2nya lain nama apam pisang tu..nama dia ''Apam Pisang Sempoi'' tak percaya? hmm..tengok kat Dapur Reen Khan memang sempoi kan?..hehehe..dan untuk pengetahuan korang semua..kali ni Rahel gantikan pisang tu dengan oren (limau mandrin),faham2lah..skarang masih banyak lagi stok buah limau mandrin kat umah ni,jadi harus dipelbagaikan dan kebetulan pulak jumpa resepi apam pisang yang sempoi ni untuk dijadikan rujukan..memang mudah penyediannya..dan sedap di makan.


Ok lah,banyak cakap sudah ni..kita teruskan pulak pada resepi apam oren mekar ni,ampun Kak Reen sebab gue udah tukar tajuk resepi ni..len kali nak buat yang apam guna pisang tu..terima kasih banyak-banyak atas perkongsian resepinya..ijinkan gue share skali lagi kat sini...

Apam Oren Mekar

Bahan:
1 cawan isi oren (limau mandrin) yang sudah dibuang kulit,biji dan empulur
1 cawan jus oren (limau mandrin)
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum}
1 sudu makan baking soda,diratakan},ayak bersama (Rahel guna 1 sudu teh bkg soda)
2 sudu kecil garam
kismis (tak letak)
1 sudu besar minyak masak (yg ni gue tambah sendiri)

Cara:
1.Campur semua bahan dan gaul sebati,kemudian perap 2 jam (Rahel tak perap)
2.Masukkan dalam papercup,kukus selama 15-20 minit.

Nota:Minyak masak dimasukkan akhir sekali,kemuadian gaul rata adunan.

6 ulasan:

  1. sangat menarik dan kreaif diperbagaikan caya la rahel.. gue tabik sama Lu hehhehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tima kasih Kak Reen utk resepinya yang meletops...gue kenyang mkn apam oren tadi..hihi.

      Padam
  2. alamak rahel terlepas train lagiikk.. huhu .. rahel mantopnya gambar dah jadi pro dah ni hihi ... dah bawak pinggan nak 5 ketoi.. ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wani..awak dar mana?..hehe..
      alah..masih belajar lagi ni...
      pinggan tu muat 5 ketoi apam k?

      Padam
  3. Bau harum oren sampai rumah akak tau...tak nak bagi kat akakt sikit ke...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Cek...dah berhari-hari gue tercium bau macaron je kat dapur akak..ada bawak mac utk Rahel?

      Padam