Selamat bertemu kembali di ruang baking Rahel ni...semoga semuanya sentiasa sihat dan ceria selalu.Hari ni perasaan boring melanda diri...emmm tercari-cari apa yang patut dibuat utk menghilangkan keboringan ni...tengok2 dapur ada sedikit roti gardenia yang mo sampai masanya...tidak terusik jak bab sebok layan kuih-kuih yang lain...mo dibuang sayang...jadi tercari-cari idea mo buat apa ni roti...aaaah baik belajar buat kek lagi...so roti gardenia la jadi mangsanya...hmm2...kalau ada yg tak tau macam mana mo habiskan stok roti tu bolehlah join saya buat kek roti zebra ye...he he he.Bercerita pasal kek ni memang memang agak berat sikit tapi tetap lembut & sedap ditambah dg rasa oren...mmm...jom salin resepi...
Bahan:
5 keping roti gardenia*
1 biji buah oren (100g)*
220g tepung gandum
3 biji telur grea A*
1 st baking powder
1/2 st soda bikarbonat
190g gula pasir*
120ml minyak masak*
250ml susu segar/air*
1/2 st emulco coklat
Cara:
1.Panaskan oven 160"C.Griskan acuan bulat 8".
2.Buah oren dicuci bersih,potong kecil2,buang biji & empulurnya.
3.Satukan bahan bertanda* ke dalam mesin pengisar.Kisar halus.
4.Tuang ke dalam mangkuk.Masukkan tepung,bkg powder,soda bikarbonat.Kacau rata.
5.Bahagi kepada 2 bahagian.1 bahagian diberi emulco coklat & yg 1 bahagian dibiarkan pd warna asal.
6.Ambil 3 sdb adunan putih dan tuang di tengah2 loyang.Kemudian ambil 3 sdb adonan coklat dan tompokkan di atas adunan putih tadi.Ulang proses ini sehingga habis.
7.Bakar selama 40 minit atau sehingga masak pada suhu 160'C.Setelah kek masak,biarkan sejuk baru potong.
Pesan:
Saya bakar kek secara steam-bake selama 5o minit.Kemudian bakar seperti biasa selama 10 minit lg kerana saya mahukan kek yang ala baked cheesecake.
Selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan