Selamat malam kepada semua dan salam manis..
Green Tea Chiffon Cake
Sumber:Buku Resepi
Bahan:
A) 4 biji putih telur
80g gula kastor
1/4 sudu teh cream of tartar
B) 150g tepung paling halus
100g gula kastor
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh susu tepung
1/4 sudu teh garam
C) 60g mentega dicairkan
100ml air
10g serbuk teh hijau
4 biji kuning telur
1 sudu teh pes teh hijau
HIASAN:
350g Krim segar Bukan Susu (Non-Dairy Fresh Cream)
200g inti jem raspberry-->Rahel ganti dg strawberry pie filling
10g serbuk teh hijau
Cara-cara:
1.Pukul (A) hingga naik dan kembang.Ketepikan dahulu.
2.Campurkan bahan (B) dan kacau secara kering.
Masukkan bahan (C) dan gaul sehingga sebati.
Masukkan bahan (C) dan gaul sehingga sebati.
3.Masukkan (1) ke dalam (2).Kacau hingga sebati.
Tuangkan campuran kek ke dalam acuan bersaiz 9''.Bakar dalam ketuhar yg sudah di-
panaskan pada suhu 180'C selama 40-45 minit.Biarkan kek menyejuk setelah siap di-
masak
4.Potong kek kepada 3 lapisan.Pukul krim segar sehingga naik dan kembang menjadi
aising.Sapu setiap lapisan dengan aising dan inti jem raspberry.
5.Salut aising pada seluruh kek dengan rapi.Hias kek dengan serbuk teh hijau.Sejukkan
dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dihidang.
*Rahel tak hias dengan serbuk teh hijau.
*Hias kek sesuai selera.
Selamat mencuba..
Salam Rahel,
BalasPadamKek yang sungguh menawan...
Kak Wattie...tak nak kek k? hehe...
BalasPadamsalam....
BalasPadamsedapnya tgk. harus dicuba
rahel, teringin nak buat kek ni. Bhg C bila nak dicampurkan?
BalasPadamdah edit resepi tu...perhatikan cara di no.2.tq.
BalasPadam