Ahad, 14 Ogos 2011

Tropical Durian Cup Cake

Hi,selamat bertemu kembali di sini,semoga semuanya sihat dan ceria selalu.Hari ni masuk blog baking lagi untuk share satu resepi kek durian yang sangat sedap...dah tentu ramai yang sukakan kek yang sangat harum dan sedap ni.Pada yang berkenan dg kek durian..bolehlah mencubanya ye...hehehe..
Tropical Durian Cup Cake
Sumber:Buku Resepi

Bahan A:
250g mentega/marjerin
200g gula kastor

4 biji telur gred A

Bahan B:
180g isi durian
5 sdb susu segar/susu cair
*satukan bahan ini dan haluskan*

Bahan C:
240g tepung naik sendiri
1 sdb tepung kastard
1/4 st garam

Cara:
1.Putar bahan A sehingga kembang dan gebu.Masukkan telur satu persatu sambil dipukul rata setiap kali menambah telur.

2.Masukkan bahan B dan gaul rata.

3.Masukkan bahan C dan gaul rata.

4.Sudukan 3/4 penuh ke dlm acuan.Bakar selama 20-25  minit.

*panaskan oven 15 minit pd suhu 170'C dahulu sebelum membakar kek.
*saya letak 1 st inti coklat nutella dlm cup cake & ianya sangat sedap.
enjoiii...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan