Rabu, 11 Januari 2012

Chocolate Loaf Cheesecake

Selamat malam...singgah sebentar menemani Rahel yang lagi ngentry resepi kek.Ada orang kat blog k? hehe..oklah,sesuai dengan janji tadi petang..resepi akan ditayangkan di sini...selamat membaca...




Chocolate Loaf Cheesecake
Resepi by:Kevin Chai

Bahan:
150g tepung gandum}
1 sudu teh baking powder}
1/2 sudu teh soda bikarbonat}
1 sudu teh serbuk koko}
3 biji telur (guna telur saiz L)
150g gula kastor
100g mentega
200g cream cheese
30g coklat masakan

20g keju cheddar parut,untuk taburan

Cara:
1.Griskan loyang loaf 10x20cm (4x8in) dan alas dengan baking paper.
2.Satukan gula dengan telur,kacau rata.Tuangkan ke dalam campuran tepung
   tadi.Gaul rata.Ketepikan.
3.Cairkan mentega,cream cheese,coklat masakan dengan kaedah double-boiler.
   Angkat dan biarkan sejuk.
4.Tuang ke dalam adunan tepung tadi,gaul hingga rata.
5.Tuang ke dalam loyang yg telah digriskan tadi.Bakar dalam oven pada suhu
   180'C selama 40-50 minit.

4 ulasan:

  1. fuhhh...ni liza baru balik dr umah kak anim, terus rempit kat sini pulak...nmpk gayanya thn ni seluar Liza makin kecik la....ekekekekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. rempit dekat2 je kan? hehe..takkan kecik seluar tu...

      Padam
  2. As'salam Rahel

    waduhh..! sana sini dok tayang creamcheese cake. mana boleh tahan ni. ni yang mahu merempit cari cream cheese ni..hehehe

    Lembuttt..gebu dan nampak sangat sedap. kalau dititiskan jus lemon atas kek tu..perghhh pengsan ni k.ct ngadap...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam Kak Ct...
      harus bikin kek cis..biar blog masakan meriah ngan kek cis..hihi...jangan merempit jauh2 cari cream cheese ye...

      Padam