Sabtu, 13 Ogos 2011

Kek Serunding Ayam

Selamat bertemu kembali..apa khabar semuanya? harap korang semua sihat dan ceria sepanjang masa.Pagi ni Rahel share lagi satu resepi kek yang dikukus tapi ada kelainan sebab ada letak serunding ayam dalam adunan dia..korang boleh la bayangkan..betapa sedapnya dihidang waktu sarapan dan waktu minum petang...

Kek Serunding Ayam
Sumber:Buku Resepi/Alex Goh

Bahan A:
3 biji telur gred A
130g gula kastor
1/4 st garam

Bahan B:
1/2 st serbuk pati ayam
50g minyak jagung/minyak masak

Bahan C:
140g tepung gandum
1 sdb serbuk penaik

Bahan D:
20g serunding ayam

Cara:
*Putar bahan A sehingga kembang selama 10 minit.

*Masukkan bahan B dan gaul sebati.

*Satukan bahan C & D.Gaul rata.Kemudian tuang ke dalam adunan telur.Gaul rata.

*Tuang ke dalam loyang 3x6" yg sudah digris & dialas dg baking paper.

*Taburkan sedikit serunding ayam di atas permukaan doh.

*Kukus kek selama 30 minit.

Pesan:
panaskan air hingga betul2 mendidih dlm pengukus baru mengukus kek
balut tudung periuk dg tuala bersih agar kek tidak terkena wap



Enjoi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan