Sabtu, 13 Ogos 2011

Polka Dot Swiss Roll

Salam manis kepada semua....

Polka Dot Swiss Roll
Sumber:Internet


Bahan kek:
200g putih telur
1/4 st garam
25ml santan
1 st ovalet
100g gula pasir
80g tpg gandum ayak dg 1/2 st bkg powder
25g minyak masak
sedikit pewarna pink
sedikit emulco coklat

Inti:
100g krim keju
2 sdb jem strawberry
*pukul bahan ini hingga lembut*

Cara:
1.Pukul putih telur,garam & ovalet sehingga 1/2 kembang.Kemudian masukkan gula sedikit2 sambil dipukul hingga kembang selama 10 minit.

2.Masukkan santan dan pukul perlahan hingga rata.Masukkan lagi tepung dan pukul perlahan hingga rata.

3.Masukkan minyak sedikit2 sambil digaul rata.Ketepikan sedikit adunan & beri pewarna pink & emulco coklat.Isikan ke dlm bag piping.

4.Tuang adunan warna asal ke dlm acuan 26x26cm,ratakan & dot2kan.Kukus selama 15 minit.

5.Setelah masak,angkat keluar dan tanggalkan bkg paper.Sapukan permukaansebelah dlm dg cream cheese.Kemudian gulung dg kemas.Siap.

Pesan:
beri inti sesuai selera masing-masing.
alas acuan dg baking paper tanpa disapu mentega.
balut tudung periuk dg tuala agar kek tdk terkena wap.
panaskan kukusan terlebih dulu sehingga airnya benar2 mendidih barulah mengukus kek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan