Jumaat, 21 Disember 2012

Kek Batik Badam Berkrim

Salam manis buat semua pengunjung setia dapur ILC.Semoga sihat dan ceria selalu.Kalau nak lebih ceria buatlah kek yang sedap-sedap...hidangkan...

KEK BATIK BADAM BERKRIM
Sumber:SAJI,November,2012 (Chef Sherson Lian)

Bahan-bahan kek:
150g coklatmasakan gelap-cincang kasar
428g biskut krim kraker-patah empat---->>>i ganti dengan biskut marie
250g mentega
1/2 cawan gula perang (80g)
3/4 cawan susu pekat (220g)
1 cawan susu cair (250ml)
2 biji telur-pukul--->>>i guna 2 biji telur gred A
1 sudu besar esen vanila
1/2 cawan serbuk badam (50g)

Hiasan:
Kepingan badam-sangai
125ml krim putar
1 paket Nescafe 3 dalam 1
*ketiga bahan di atas saya tidak gunakan untuk menghias kek,tapi terpulanglah kepada pilihan
  anda.

Cara membuat kek:
1.Cairkan mentega dan gula.Kemudian masukkan coklat,kacau hingga cair.
2.Dalam periuk lain,panaskan susu cair sedikit suam.Ketepikan.Tambahkan telur sedikit demi
   sedikit sambil terus pukul supaya tidak berketul
3.Setelah sebati,campurkannya ke dalam adunan coklat tadi.Tambahkan susu pekat dan esen-
   vanila.Masak hingga sebati dan likat.
4.Masukkan serbuk badam dan biskut yang telah dipatahkan.Salut rata biskut dengan coklat dan
   tutup api.
5.Seterusnya masuk dan padatkan ke dalam loyang yeng telah dialas kertas minyak.(i guna loyang
   saiz 8")
6.Taburkan kepingan badam hingga menutupi permukaan biskut.Sejuk dan keraskan dalam peti-
   sejuk.
7.Untuk krim,pukul krim putar bersama nescafe 3 dalam 1 hingga kembang.Hidangkan bersama
   kek batik.

*Jika hendak menggunakan 100% resepi gunalah cara membuat kek dari cara 1-7,tetapi jika
  nakkan kek yang serupa dalam gambar yang ada di sini sila abaikan cara 6-7,kemudian hiaslah
  kek anda dengan fresh cream dan coklat ganache.

TOPPING KEK

1).250g non dairy whipped cream-putar hingga kental-salutkan pada seluruh kek dengan rapi.
    Simpan kek dalam peti sejuk selama 30 minit.

2).GANACHE
     Sumber:Bicara Kek (Wendy Kor)

Bahan-bahan:
250g dairy whipped cream
250g cooking chocolate
1 sudu besar Sirap Kencana (glucose syrup)
20g butter

Cara membuat:
1.Cairkan coklat masakan,whipped cream,sirap kencana dan mentega cara double boil
   untuk dibuat ganache.Salutkan ganache pada seluruh kek yang telah disalut dengan
   fresh cream tadi dengan rapi.Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Enjoi...

18 ulasan:

  1. menarik! tertarik! nk cuba buat gak :)

    BalasPadam
  2. sedapnya...tertarik nak buat tp blh tak abaikan telur...

    BalasPadam
  3. waahhhhh...menarikkknya sisss..!!!leh wat ni....u' bufday boss...hehee..tentiuu sis..!!

    BalasPadam
  4. sedapnya..dah lama tak makan kek ni..hehe..sama la kita kek yang pertama dipelajari....

    BalasPadam
  5. elo..ello...dah lama saya tak jenguk2 cni....menarik nie, my sons suka sgt kek batik...bleh lah try bebiler 'kerajinan' mai kembali...hehe

    BalasPadam
  6. salam kenal kak. :) sedapnya kek ni..
    nanti boleh try, saya copy dulu yer :)

    BalasPadam
  7. Salam dan selamat tahun baru Rahel,
    Suka tengok semua kek yang Rahel hasilkan, sgt kemas dan cantik

    BalasPadam