Khamis, 9 Mei 2013

Kek Padang Sepak Bola

Salam manis,semoga ceria selalu.
 
 
KEK COKLAT KUKUS BASAH
Sumber Resepi:Zubaidah Bt Che'pa

Bahan-bahan:(Loyang 9x9")
300g tepung superfine}
150g serbuk koko}
1 1/2 tsp serbuk penaik}
1 1/2 tsp soda bikarbonat}-diayak
5 biji telur B (4 biji telur + 1 biji kuning telur)
300g gula kastor
1 1/2 cawan susu pekat manis
1 1/2 minyak masak
1 1/2 cawan air panas

Cara-cara:
1.Griskan Loyang dan lapik dengan kertas minyak.
2.Pukul telur,susu pekat manis dan gula dengan jarring.
3.Masukkan tepung yang diayak dan kacau sebati.
4.Tambahkan minyak masak,kacau sebati.
5.Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata.
6.Tuangkan adunan ke dalam Loyang.Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.

*Saya guna 330g tepung superfine,120g serbuk koko utk adunan kek.
*Kek boleh dibakar dalam oven pd suhu 170'C selama 80 minit atau sehingga masak.
 

GANACHE
Sumber:Alex Goh
300g dark chocolate compound
150g dairy cream
50g butter

Cara membuat:
1.Panaskan butter bersama cream hingga cair.Tuang ke dalam potongan2 coklat.Gaul hingga
   coklat cair.Biarkan sejuk semalaman atau letak dlm peti sejuk selama 1 jam sebelum diguna.

BUTTER CREAM (untuk hiasan hijau/rumput)
Sumber:Kembang Kempis,MyR

Bahan-bahan:
250g shortening/butter
125g krimwell
125g gula aising-diayak

Cara membuat:
1.Pukul butter + krimwell hingga putih.Masukkan gula aising,pukul lagi hingga kembang &
   putih.Suaikan warna untuk hiasan kek.
 
 
 KEK PADANG SEPAK BOLA

Cara membuat:
1.Potong kek coklat kepada 3 lapisan.
2.Ambil satu bagian kek dan letak di atas papan kek 12''.Sapu dengan ganache.
3.Ulangi cara no.2 hingga selesai.Sapu permukaan dan tepi kek dengan ganache.
   Hias sesuai dengan selera anda.
4.Masukkan sedikit butter cream putih ke dlm piping bag dan buatlah garisan putih
   seperti dalam gambar kek.
5.Masukkan butter cream hijau ke dlm piping bag yg diletak nozel rumput.Picitkan di atas
   permukaan kek.Hias mengikut kreativiti anda.
 
 
 Selamat menikmati.Terima kasih.
 


8 ulasan:

  1. hai..salam rahel..

    cantik dan kemas kek pdang bola tu

    BalasPadam
  2. Hai Bbwana...
    Terima kasih.

    BalasPadam
  3. slmt pagi Rahel.....kemas sngt, memang kak ruby suka tengok semua kek2 yg rahel buat.

    BalasPadam
  4. Wah kreatif lah rahel... nanti akak nak cuba buat untuk hari lahir Nabil nanti... tq share

    BalasPadam
  5. Tingginya daya kreativiti Rahel... gue melopong jak melihatnya...

    BalasPadam
  6. cantik n bpe harge kek ni....

    BalasPadam
  7. kemas la pdg bola u..syg rs nk potong kek secantik tu..hehehe

    BalasPadam
  8. Salam. Tau tak kat mane nak beli jaring gol & patung pemain bola ni ye? Thanks. 😊

    BalasPadam