Isnin, 31 Oktober 2011

Kek Kukus Marble

Selamat pagi kepada semua..harap semua sihat dan ceria pagi ini.Kali ni Rahel nak share pulak satu resepi kek kukus yang dimarblekan.Kadang tu kita kena bagi corak sikit baru la nampak ceria kek tu dan dah tentu kita pun berselera nak makan kek,tapi klu pucat2 alamatnya kena jeling-jeling je..huhuhu...


Oklah kawan-kawan..jika ada senang bolehlah mencuba kek marble ni,rasanya sangat sedap,lembut dan gebu tapi yang ni memang saiz sedang je..klu nak yg besar sikit,bolehlah gandakan adunan tu..jomlah tengok resepinya kat bawah tu..

Kek Kukus Marble
Sumber:Buku Resepi

Bahan:
4 biji telur
140g gula
1/2 sudu besar ovalet
50g minyak masak/mentega cair
140g tepung gandum}
1 sudu teh serbuk penaik},ayak bersama
1 sudu teh chocolate emulco

Cara:
1.Putar telur,gula & ovalet sehingga kembang.
2.Masukkan tepung,gaul rata.Kemudian masukkan minyak dan gaul rata.
3.Ketepikan sedikit adunan dan beri chocolate emulco.
4.Tuangkan adunan ke dalam loyang,dot2kan adunan coklat diatas permukaan
   adunan kek tadi,kemudian corakkan dengan lidi.
5.Kukus selama 20 minit dalam periuk yang sudah dididihkan airnya terlebih
   dulu dengan api sedang.

9 ulasan:

  1. sedapnya kek .. lama tak mengekek huhu.. hari ni kurang sihat ..pening2 kepala .. hujan x henti2 turun ni ..sejukkkk badan :(

    BalasPadam
  2. hai rahel...liza mmg suka kek2 macam ni..versi org dulu2...hihihi

    BalasPadam
  3. as-salam
    cantik kek marbel tu..

    BalasPadam
  4. Wani
    moga lekas sembuh ye..dah sihat..buat kek lagi..hihi.

    BalasPadam
  5. Liza
    Memang best walaupun versi org tua2..hehe.

    BalasPadam
  6. Hai Rahel

    marble cake kalau dikukus lagi sedap lembut gitu kan Rahel :D

    BalasPadam
  7. Kak CT
    betul tu..sedap dan lembut jer kek kukus ni..

    BalasPadam