Rabu, 12 Oktober 2011

Steamed Chocolate Sponge Cake

Nah..jumpa lagi di sini...mau sambung cerita  pasal kek span coklat yang sentiasa menjadi pilihan saya.K la..resepinya Rahel ambik dari majalah Sedap yang popular tu...resepinya sangat simple dan senang dibuat,jom..





Ok..untuk adunan dalam resepi ni memang saiz kek yang sederhana besar je,sesuai untuk 4 orang sahaja..jadi kena doublekanlah bahan-bahannya jika nakkan kek yang besar...

Steamed Chocolate Sponge Cake
Resepi: Majalah Sedap

Bahan:
4 biji telur
1/4 st garam
120g gula pasir
100g tepung gandum
20g serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk penaik
25g marjerin,dicairkan
3 sudu makan air

Cara:
1.Pukul telur,garam dan gula pasir sehingga kembang.
   *saya pukul selama 15 minit dengan perlahan*
   Masukkan tepung gandum,serbuk koko dan serbuk penaik sambil
   di ayak dan dikacau rata.
2.Masukkan marjerin cair dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau
   perlahan.
3.Tuang ke dalam loyang bersaiz 20 cm yang disapu marjerin dan dialas
   dengan kertas kalis minyak/baking paper.
4.Kukus selama 25 minit atau sehingga masak.

4 ulasan:

  1. baru tau ada lg 1 blog rupanya .. ehhehee...
    wah tgk kek tu mmg sedap n gebu ler rahel...

    BalasPadam
  2. mmmm..sedapnya...bak sepinggan...hihihi

    BalasPadam
  3. Diana
    Di sini la saya longgokkan resepi kek..jadi senang2 datang la tengok2 kek ni ye..

    BalasPadam
  4. Liza
    Saya yang rasa sedapnya kek ni..Liza tengok2 je ek? hihihi...

    BalasPadam