Rabu, 8 Februari 2012

Caramel Slice Cheese Cake

Salam manis kepada semua..tengah buat ape tu?..dah siap makan malam k?..hehehe..kalau dah siap makan malam..jom singgah skejap,kat sini ada caramel slice cheese cake..tapi korang boleh tengok-tengok je..gue yang bedal semua..kali ni Rahel cuba gabungkan pulak dua resepi..ianya ialah puding karamel dan slice cheese chiffon cake menjadi caramel slice cheese cake.Kalau korang nak tau..time buat ni pun rasa semacam je..takut kek tak menjadi..gue punya lutut pun ada gegar2 woo..tapi gegar sikit je..selepas kek masak dan nampak kejadiannya yang ok banget..gue punya lutut tidak gegar lagi..so bolehlah kongsi2 resepi lagi kat sini..harap korang suka dan sudi mencuba...



Caramel Slice Cheese Cake
Sumber:Buku Resepi

Bahan Karamel:
2 1/2 sudu besar gula pasir

Bahan Untuk Lapisan Puding:
3 biji kuning telur
100ml susu segar
35ml air
1/2 sudu teh esen vanila/strawberry emulco

Bahan Adunan Kuning Telur:
3 keping cheese slice*
20ml minyak masak*
20ml susu segar*
2 biji kuning telur
20g gula kaster
40g tepung gandum

Bahan Adunan Putih Telur:
2 biji putih telur
1/4 sudu teh cream of tartar (Rahel ganti dg secubit garam)
50g gula kaster

Cara:
1.Guna loyang 7'',panaskan 2 1/2 sudu gula pasir dengan api perlahan sehingga
   menjadi karamel.Ketepikan,biarkan sejuk sepenuhnya.

2.Satukan bahan untuk lapisan puding,gaul perlahan hingga sebati,kemudian tapis-
   kan ke dalam loyang yg berisi karamel tadi.Ketepikan.

3.Satukan bahan bertanda* dalam mangkuk tahan panas,cairkan dengan kaedah
   double-boil sambil dikacau guna hand whisk,angkat dari panas.Masukkan pula
   kuning telur dan 20g gula kaster,kacau rata.Kemudian masukkan tepung gandum
   yang sudah diayak,gaul rata.Ketepikan.

4.Dalam mangkuk yang bersih,satukan putih telur dan cream of tartar/garam,pukul
   hingga berbuih,tambahkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga kental.

5.Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur,kaup balikkan hingga
   rata.

6.Tuangkan adunan ke dalam loyan yg berisi karamel dan adunan puding tadi.

7.Bakar secara steam-bake pada suhu 165'C selama 45 minit.Setelah kek masak,
   biarkan selama 1 jam dlam ketuhar dengan pintu terbuka.Kemudian keluarkan
   kek dari ketuhar dan biarkan sejuk sepenuhnya.Telangkupkan kek ke dalam ping-
   gan.Siap.

Nota:Kek ni boleh disimpan dalam peti sejuk,jika inginkan kek yang dingin.
  


Selamat mencuba..


6 ulasan:

  1. As'salam Rahel


    wahhh memang sedap banget ni layan caremal kek cuaca panas ni. k.ct lama dah teringin nak buat. tapi tu ler macam seram sejuk jer nak mencuba takut tak menjadi. Tak apa k.ct simpan dulu resipi kot2 teringin nak buat dah ada.

    Rahel ada lagi kan, simpan sepotong dulu tuk k.ct ya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam Kak Ct..
      silahkan dicuba resepinya..jangan takut..pasti menjadi..dan awal2 lg Rahel dah simpankan 2 slice utk Kak Ct..

      Padam
  2. salam rahel...bila tgk kek ni ,perut Liza pulak yg gegar...hihihihhi..
    nmpk best sgt ni, blh cuba nnt...thnx yer

    BalasPadam
  3. sori nk tanya...tpg gandum tu masuk bila?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Liza,silahkan mencuba..Rahel dah edit resepi tu..sorry terlupa..

      Padam