Khamis, 7 Jun 2012

Kek Pisang Marble

Selamat pagi dan selamat bersiaran kembali.Apa khabar semuanya? dah siap sarapan k? Pagi ni Rahel hidang Kek Pisang Marble untuk sarapan.
Bila nampak geng masak-masak tayang kek pisang marble memang tak tahan dibuatnya,kalau ikutkan hati time tu jugak nak buat kek pisang.Oh ya,resepi kali ni memang sama juga dengan Blended Banana Cake yang Pernah Rahel buat dulu sebab malas nak selongkar dapur orang cari resepi kek pisang..hanya tambah chocolate emulco je dalam adunan untuk kasi corak marble..senang kerja kan..tapi hasilnya tetap enak dong...
Kek Pisang Marble
Sumber resepi:Rahel

Bahan-bahan:
150g pisang ranum (apa2 pisang yg ranum pun bole guna)
180ml minyak masak
1 cawan gula kastor
3 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum}
1 sudu teh serbuk penaik}
1/4 sudu teh serbuk soda bikarbonat}'diayak
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate emulco

Cara:
1.Panaskan ketuhar pada suhu 170'C.Griskan acuan sifon dengan mentega/marjerin.
2.Minyak,telur,gula kastor dan pisang diblend hingga hancur.
3.Tuang ke dalam mangkuk besar.Masukkan pula esen vanila dan tepung yang sudah diayak
   tadi.Gaul rata.
4.Bahagi adunan kepada dua bahagian.Yang satu bahagian diberi chocolate emulco dan yang
   satu bahagian dibiarkan pada warna asal.
5.Tuangkan adunan coklat ke dalam acuan diikuti adunan warna asal.Buat seperti ini hingga
   selesai.
6.Bakar dalam ketuhar pada suhu 170'C selama 45 minit guna api atas dan bawah.

Selamat menikmati Kek Pisang Marble.

4 ulasan:

  1. Tq Rahel lain kali boleh cuba.. simple dan sedap ni..:)) tq

    BalasPadam
  2. kak rahel.....nk jekkk try buat skg..huhu terliurr

    BalasPadam
  3. Salam Rahel,
    Kek pisang mmg kegemaran akak, sedap ni.......

    BalasPadam