Selasa, 26 Jun 2012

Mafin Pisang Bluberi

Selamat pagi dan salam manis kepada semua.Diharap kawan-kawan semua sihat dan ceria selalu dalam rahmatNya.Agak lama jugak Rahel tak letak entry kek di sini..kesian blog satu ni..ditinggal-tinggal slalu.Oh ya..pagi ni Rahel hidangkan mafin pisang bluberi..sedap sangat mafin ni..korang boleh bayangkan inti dia..ada bluberi...

Mafin Pisang Bluberi
Sumber:Buku resepi Hidangan Roti Alaf 21

Bahan-bahan:
150ml minyak jagung
150ml susu segar
250g tepung gandum}
15g serbuk penaik}-diayak
130g gula kastor
100g telur
80g pisang ranum-dilecek

Inti pai bluberi secukupnya

Cara-cara:
1.Satukan minyak,susu,gula kastor dan telur dalam mangkuk.
2.Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik.Kacau hingga sebati.
3.Tambah pisang lecek dan gaul rata-rata.
4.Tuangkan 1/3 penuh ke dalam cawan,sudukan inti bluberi.Tutup lagi hingga paras 2/3.
5.Bakar pada suhu 190'C selama 20-25 minit atau hingga masak.

Selamat menikmati Mafin Pisang Bluberi.

4 ulasan:

  1. Err nak tanya..100g telur tu bape biji eh..

    BalasPadam
  2. lebih kurang 2 biji telur gred B

    BalasPadam
  3. salam Rahel. Ada orang kata kalau buat apa jua kuih eg muffin yg guna pisang, kena guna bicarbonate soda. betul ker?

    BalasPadam
  4. wsalam Kjee..
    selalunya memang letak bicarbonate soda dlm muffin kan..tapi kali ni Rahel try ikut betul2 resepi dalam buku tu..memang guna bkg powder je...dan hasilnya gebu,moist dan sangat sedap...

    BalasPadam