Selasa, 30 Oktober 2012

Kek Ais Krim Coklat

Salam manis dan selamat bersiaran.Semoga semuanya sentiasa dalam keadaan yang baik.Lama jugak saya tak kemas blog kek ni.Terima kasih kepada semua yang masih setia berkunjung ke dapur kek Rahel...cayang semuanya.Kepada yang sebok bertanyakan resepi Kek Ais Krim Coklat ni silahkan membaca resepi kat bawah tu....zazzz..

KEK AIS KRIM COKLAT

Bahan Kek Coklat

Bahan A:
4 biji putih telur gred A
1/2 sudu teh krim tartar
120g gula kastor

Bahan B:
1 sudu besar coklat emulco
30g serbuk koko
50ml air suam

Bahan C:
60g gula kastor
1/2 sudu teh garam
100g tepung kek
1/2 sudu teh serbuk soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahan D:
50ml minyak masak
1 sudu teh esen vanila
4 biji kuning telur gred A
50ml susu UHT

Cara-cara:
1.Pukul bahan A sehingga naik & kembang.Ketepikan dahulu.
2.Campurkan semua bahan B dan bancuh hingga sebati.Ketepikan dahulu.
3.Masukkan bahan C ke dalam mangkuk besar dan gaul sekata secara kering dengan pemukul telur.
   Perlahan-lahan masukkan bahan D dan bahan B dan kacau hingga sebati.
4.Masukkan 1/3 bahan A ke dalam campuran kek dan putar perlahan.Tambahkan 2/3 baki bahan A.
5.Tuangkan campura kek ke dalam acuan bersaiz 9 yang sudah digris.Bakar dlam ketuhar yang sudah
   dipanaskan pada suhu 180'C selama 45 minit.

*Setelah masak biarkan kek sejuk,kemudian potong kepada lapisan nipis.

BAHAN KEK AIS KRIM COKLAT

1 lapisan kek coklat diletak dalam loyang 8''/9''
1.5 liter ais krim coklat
350g non-dairy fresh cream-diputar hingga gebu (chocolate plavour)

Cara:
1.Tuang ais krim coklat ke dalam loyang yang diletak kek tadi.Ratakan permukaan.
   Bekukan dalam peti sejuk beku semalaman.
2.Bila ais krim dah betul-betul beku,keluarkan dan hias dengan fresh cream.
3.Setelah dihias bekukan kembali sebelum dihidang.

9 ulasan:

  1. Sedapnyeee......bebila ada masa nk cuba

    BalasPadam
  2. Wah!ni mau d cuba ni nanti.. :-)

    BalasPadam
  3. A'kum .kek2 ni klau saya order,rahel bleh hantar ke ? Saya duk kat kuala kangsar ,perak .......

    BalasPadam
  4. kalau nak order boleh ke?? untuk hari jadi ibu saya 22.2 nie??

    BalasPadam
  5. nmpk cam senang je....nk cubalah...

    www.mummysayf.blogspot.com

    BalasPadam
  6. nampak sedap nak cuba buat lah....

    BalasPadam
  7. kenapa cuma satu lapisan kek aje diletak? yg bahagian atas askrim tu mmg takde kek ke? atau kek coklat tu hanya base sahaja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu masliana...kek coklat hanya base,letak kek coklat dlm mousse ring then tuang aiskrim.

      Padam
  8. sis klu resepi kek coklat ni bole kukus x

    BalasPadam