Selasa, 12 Februari 2013

Japanese Cotton Roll

Selamat malam dan salam sejahtera...semoga sentiasa sihat dan ceria.Sebelum masuk berehat Rahel mo share lagi satu resepi kek yang semestinya enak banget..sangat-sangat lembut..sesuai la dengan nama dia "cotton" gitu..teman-teman mesti cuba gak ni..ndak rugi tau..kalau sudah cuba n rasa kek ni baru la menyesal tak cuba dari awal...gitu kan?

Japanese Cotton Roll
Resepi:Alex Goh

Bahan Kek:
A:80g susu segar
    80g mentega

B:85g plain flour

C:5 biji kuning telur

D:5 biji putih telur
    110g gula
    1/4 sudu teh Cream of tartar

Cara membuat:
1.Alas acuan 16x10x1-inch dengan baking paper.
2.Panaskan bahan A sehingga cair (jangan mendidih).Tambahkan bahan B dan gaul rata.
   Tambahkan bahan C dan gaul hingga bercampur rata.
3.Pukul putih telur dengan kecepatan tinggi sehingga berbuih.Tambahkan cream of tartar,
   gula dan putar pada kelajuan sedang sehingga soft peak.
4.Ambil 1/3 meringue,masukkan ke dalam cara no 2 dan kaup balik dengan spatula hingga
   rata.Tuangkan adunan kuning telur ini ke dalam baki adunan putih telur tadi.Kaup balik
   hingga rata.Tuangkan adunan ke dalam acuan.
5.Bakar pada suhu 170'C di rak tengah selama 20 minit.Setelah masak segera tanggalkan
   kek dari acuan dan biarkan sejuk sepenuhnya.
6.Sapukan krim dipermukaan kek diikuti dengan potongan buah strawberry.Gulung kek
   dengan kemas.

Inilah rupa cotton cake yang baru siap dibakar...kena biarkan hingga sejuk sepenuhnya baru letak filling.

Filling:
100g non dairy fresh cream-diputar hingga kental
6 buah strawberry-dipotong kecil

Selamat mencuba...

12 ulasan:

  1. ...aduhai rahel, mmg trruja sgt dibuatnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau teruja kena la buat...hehe

      Padam
  2. as-salam
    these look incredible! absolutely gorgeous!

    BalasPadam
  3. Nak try la Rahel....share yer...:-)

    BalasPadam
  4. Aduina Rahel.... lembut berkrim...strawberry tu buat rasanya seimbang! Pengsan!

    BalasPadam
  5. Sis cara buat no.2 tu slps dcairkan trus angkat dr api ka???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya Reen,lepas cair. Terus angkat dari api.

      Padam
  6. hy sis rahel...ne gune api atas bwh ke?

    BalasPadam