Rabu, 8 Mei 2013

Red Velvet Marble Cheese Cake

Selamat pagi..semoga sentiasa sihat dan ceria...
 
Red Velvet Marble Cheese Cake
Sumber resipi:Joy Of Baking
Diolah oleh:Rahel
 
Bahan Red Velvet Cake:(Loyang 9")
250g tepung kek/tepung super fine}
1/2 sdt garam                                  }-->diayak
15g serbuk koko                             }
113g mentega
290g gula kastor
2 biji telur gred A
1 sdt esen vanilla
240ml buttermilk
2 sudu besar cecair pewarna merah (saya letak 1/2 sdb sahaja)
1 sdt white vinegar/jus lemon
1 sdt baking soda
 
Cara-cara:
1.Pukul mentega sehingga lembut lebih kurang 1 minit.
2.Masukkan gula dan terus memutar hingga ringan dan gebu (2-3 minit)
3.Masukkan telur satu persatu dan pukul setiap kali dimasukkan.
4.Masukkan esen vanilla dan putar hingga sebati.
5.Dalam larutan buttermilk,masukkan pewarna merah dan kacau sebati.
6.Pada kelajuan sederhana,masukkan tepung berselang seli dengan larutan buttermilk
   dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tpg dulu,kemudian semua buttermilk
   dan seterusnya semua tepung yg masih berbaki).
7.Dalam satu mangkuk,campurkan cuka dg bkg soda.Campuran akan berbuih atau berbusa.
   Dengan segera tuang ke dalam adunan kek dan terus kaup balik.
8.Masukkan adunan ke dalam Loyang yg telah digris dan bakar di dalam oven
   pada suhu 170'C selama 50-60 minit.
9.Setelah kek masak keluarkan dari oven dan buatlah adunan cream cheese (lapisan marble).
 
Nota:Buttermilk (1 sdb cuka/jus lemon + 240ml susu segar suhu ruang,biarkan 10 minit
         sebelum digunakan).
 
 
Lapisan Marble Cheese
Sumber resepi:Rahel
 
Bahan-bahan:
250g cream cheese
60g gula kastor
1 biji telur gred A
1 sudu teh jus lemon
 
*sedikit chocolate emulco}
*sedikit red colour            }-disatukan
 
Cara membuat:
1.Pukul cream cheese bersama gula hingga berkrim.Tambahkan telur.Pukul rata.
   Tambahkna jus lemon.Kacau rata.
2.Ambil 3 sudu besar adunan cheese dan satukan dengan pewarna.Masukkan dlm piping bag.
3.Tuang adunan cream cheese tadi ke atas kek red velvet yang sudah masak.Ratakan.
4.Picitkan adunan berwarna ke atas adunan cream cheese bentuk garis memanjang.Lorekkan
   dengan lidi satay hingga membentuk corak marble.Hentakkan untuk buang gelembung
   udara.
5.Bakar dengan kaedah steam bath selama 25-30 minit pd suhu 170'C.
6.Setelah masak,biarkan kek benar-benar sejuk selama 4-5 jam baru dipotong.
   Selamat mencuba.
 

Terima kasih kepada teman2 yang sudi menempah Red Velvet Marble Cheese Cake.
Kini masa untuk Rahel pulak menikmati RVMCC bersama secangkit the hangat.....


11 ulasan:

  1. as-salam
    wahh!!! sedapnye RVMCC..

    BalasPadam
  2. Aslkum Rahel
    sudah terpikat dg RVMCC itu.....simpan resepi dulu....

    BalasPadam
  3. Wah cantekkk nya.. nak buat jugak macam ni :D

    BalasPadam
  4. salam rahel..

    nampak cantik la RVMCC tu..

    BalasPadam
  5. hai. klu guna loyang 7" ok tak?

    BalasPadam
  6. hai. klu guna loyang 7" ok tak?

    BalasPadam
  7. hai. klu guna loyang 7" ok tak?

    BalasPadam
  8. hai. klu guna loyang 7" ok tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Azlina,untuk 1 adunan tu memang tak sesuai guna loyang 7",nanti kek retak macam gunung berapi...

      Padam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam