Jumaat, 19 April 2013

Kek Tiramisu

Salam...


KEK TIRAMISU

Kek Span Kopi
Sumber Resepi:Chef Noraini Zakaria

Bahan-bahan:
140g gula kastor
15g ovalette
5 biji telur gred A

125g tepung kek}
1 sdt serbuk penaik}--diayak (A)

75g minyak masak

40g air}
1 sdt emulco kopi}--disatukan (B)
1 sdt serbuk nescafe}

Cara membuat:
1.Gaul ovalette dan gula kastor dalam mangkuk adunan.Masukkan telur dan bahan (A).Pukul
   kelajuan perlahan selama 2 minit dan tukar kelajuan tinggi selama 5 minit hingga kembang
   dan gebu.
2.Perlahankan kelajuan dan tuang campuran (B).Pukul lagi kelajuan tinggi selama 5 minit lagi
   hingga adunan gebu.
3.Tuangkan minyak masak dan gaul perlahan-lahan hingga sebati.
4.Sediakan Loyang 8" yang sudah di alas dengan baking paper.
5.Bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.Setelah masak segera
   keluarkan dari oven kemudian terlangkupkan kek selama 5 minit.Terbalikkan semula.Biarkan
   kek sejuk.Potong kek kepada 3 lapisan.

Mousse Keju
Sumber:Wendy Kor

Bahan-bahan:
A) 500g Keju Mascarpone--->>yg ni I guna krim keju
    
B) 6 biji kuning telur
     100g gula kastor

C) 20g gelatin
     30ml air suam

D) 250g krim putar--->>yg ni I guna non-dairy whipping cream

Sirap Kopi:
E) 80g gula
     80ml air
     10g kopi segera
     10ml minyak kopi--->>yg ni I tak letak

Hiasan:
60g serbuk koko
10 keeping Biskut Ladie's Figure

Cara-cara:
1.Masakkan bahan A cara double boil sehingga lembut.Ketepikan dahulu.
2.Gaul bahan B sehingga sebati dan panaskan cara double boil pada suhu 80'C.Campurkan no.1
   dan kacau sekata.
3.Larutkan bahan C sehingga gelatin larut dengan betul.Masukkan no.2 dan gaul hingga sekata.
   Masukkan bekas ke dalam mangkuk yang telah diisikan air sejuk dan ais.
   Teruskan mengacau bahan itu untuk menurunkan suhunya.
4.Pukul bahan D sehingga kembang dan campurkan ke dalam bancuhan di atas.Kacau hingga
   sebati.

Sirap Kopi
Masakkan dan kacau bahan E sehingga gula larut.

Penyelesaian:
Letakkan satu lapis kek di dalam mousse ring 8".Sapu sirap kopi di atas kek.Tuangkan
1/2 bancuhan mousse ke atas kek.Celupkan biskut Ladie's Figure ke dalam sirap kopi
sebelum disusun di atas mousse.Kemudian tuangkan baki mousse.Taburkan serbuk koko
di atas mousse dan simpan di dalam peti sejuk selama 3 jam sebelum dihidangkan.

Catatan by Rahel:
Untuk hiasan terpulang kepada citarasa masing-masing.Rahel hias kek guna non-dairy
whipping cream dan sedikit coklat bentuk bunga ros.Atasnya pula Rahel ayakkan sedikit serbuk koko.Sekiranya ingin membuat Tiramisu in jar abaikan gelatin itu (bahan C).


Selamat mencuba.

4 ulasan:

  1. Malam Rahel.... sib baik sampai juga setelah teraba2 berenang dalam laut dari LD he he ehh... tak rugi sampai sini gue dapat sebiji kek tiramisu yang sangat cantik!

    BalasPadam
  2. Cantik nya cake, pasti enak juga...

    BalasPadam
  3. Cantik kek dan nampak sedap ja..nyum-nyum..

    BalasPadam