Isnin, 27 Januari 2014

Happy Birthday Aglesias 12 Year

Salam ceria selalu....



Moist Chocolate Cake
Resepi dari Chef Zubaidah Bt Che'pa

Bahan A:
100g serbuk koko
250g gula pasir
1 tin susu cair
200g minyak masak
250g susu pekat manis

Bahan B:
150g tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
4 biji telur B

Cara-cara:
1.Campurkan bahan A (gula,susu cair,minyak,susu pekat) dan kacau sebati.
2.Masak atas api seketika.
3.Di bekas yang berasingan pukul telur dan curah ke dalam adunan A.
4.Akhir sekali masukkan tepung (bhn B) dan serbuk koko yang telah diayak.
5.Guna mixer dengan slow speed dan kacau hingga tepung tak bergentel. (sekejap sahaja)
6.Kukus dalam bekas/cawan 4 oz selama 15 minit.
7.Setelah kek sejuk tuangkan chocolate topping dan hias sesuai kreativiti anda.

Sediakan 20 cawan saiz 4 oz.Isikan 1/3 cup adunan ke dalam masing2 cawan.



COKLAT TOPPING

Bahan-bahan:
200ml whipping cream
300g chocolate bar
1 sudu besar mentega

Panaskan whipping cream hingga naik wap
Tuang ke dalam coklat yg telah dicincang.Kacau hingga larut
Tambahkan butter.Kacau hingga sebati.

Enjoiii

Tiada ulasan:

Catat Ulasan