Salam penuh ceria..
RED & BLUE OMBRE
Bahan:
240g gula kastor
20g ovalette
8 biji telur gred A
260g tepung kek}
2 sudu teh serbuk penaik}---(A) diayak
80g air
120g mentega cair/minyak masak
2 sudu teh esen vanila
Pewarna makanan:Red,Blue
Cara membuat:
1.Griskan 6 acuan bulat 8''.Lapis dengan kertas serap minyak.
Panaskan ketuhar 170'C
2.Satukan gula kastor,ovalette,telur & bahan (A) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dengan kelajuan
perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.
3.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama
5 minit hingga adunan ringan dan gebu.
4.Masukkan minyak atau mentega cair.Dikacau sebati.
5.Bahagi adunan kepada 6 bahagian,kemudian letak pewarna.
6.Bakar setiap adunan kek selama 25 minit.
CREAM CHEESE FROSTING
Sumber:Azlita
Bahan:
450g krim keju
90g unsalted butter
180g gula icing
1 sudu teh esen vanila
Pukul krim keju dan gula hingga kembang
Masukkan mentega,esen vanila.Pukul sebati.
Lepa setiap lapisan kek dengan cream cheese.
TOPPING
Sumber Rahel
Bahan:
200g white chocolate-dicincang halus
200g Anchor Whipping Cream
Panaskan whip cream hingga naik wap.
Tuangkan whip cream ke dalam white chocolate cincang.
Kacau hingga larut.Tambahkan sedikit pewarna merah.
Tuang ke atas kek yang telah dilepa dengan cream cheese.
Penampakan bahagian dalam kek red n blue ombre yang telah dipotong.Terima kasih Azrul Haniff sudi kongsi gambar.
TQ AZRUL HANIFF
wow..cantiknya bila lihat potongan kek..suka2.. :)
BalasPadamtq sis Wana...
BalasPadamcantik sangat rahel... mmg impress kek rahel kemas dan cantik .. psstt : baby tak kaco ke masa wat kek...
BalasPadam