Salam manis kepada semua yang sudi singgah ke dapur Rahel..harap semua sihat dan ceria selalu.Malam ni saja lepak dalam blog sambil tu letak jugak entri yang tertunda ni..kek dah habis dibedal baru nak tayangkan pic..hehe.
Sebenarnya dah berapa hari ni plan nak selesaikan tugasan yang satu ni,tapi asyik tertunda jer..faham2lah...tuan tanah sebok merayau-rayau ke dapur kawan-kawan semua...ada jer nampak hidangan yang menggiurkan.Ok...nak cite sikit bab kek yg merah2 ni..moist n lembut tp agak berat sikit la,tapi rasa dia memang sedap sangat..tak muak kita makan,dan dalam adunan kek ni Rahel guna dragon fruit yang isi dia putih,so Rahel tambahkan sedikit pewarna merah...
Oklah teman-teman..jika berkenan dengan dragon fruit cake ni,bolehlah intai2 resepi kat bawah tu ye..tak susah buatnya..senang dan sedap..
Dragon Fruit Cake
Bahan:
180g isi buah dragon
1/2 cawan susu cair
3/4 cawan gula pasir
1 1/4 cawan tepung gandum*
1 1/4 sudu teh baking powder*
1/2 sudu teh soda bikarbonat*
2 biji telur saiz B
1/4 cawan minyak masak
Cara:
1.Panaskan ketuhar pada suhu 170'C,alas loyang 7" dengan baking paper.
2.Satukan susu cair dan isi buah dragon dan blender hingga halus.
3.Tuangkan ke dalam mangkuk,kemudian tambahkan gula,minyak masak &
telur,gaul hingga sebati.
4.Ayakkan tepung gandum,bkg powder,soda bikarbonat ke dalam bancuhan
telur sambil digaul rata.
5.Tuang ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170'C selama 30-35 minit atau
sehingga masak.
p/s:
*Rahel bakar dalam loyang segi kerana ingin mendapatkan kek yang nipis.
Selamat menjamu mata..daaaa...
Rahel....nampak moist je kek ni...mesti sedap kan...kak cek amik dulu resepi...tq kongsi2...:)
BalasPadammenyelerakan.. nyumnyum..
BalasPadamsalam rahel....bestnya kek dragon ni, nmpk pun dah tau sodappp...pandai rahel...
BalasPadamSalam Rahel,
BalasPadamWah....lembut dan cantik sangat nampaknya kek ni, sayang rasanya nak makan
Iyo Kak Cek...moist kek ni..tapi berat sikitlah texture dia..tapi tetap sedap rasa dia...cuba jgn tak cuba..
BalasPadamjemput makan kek dZana..hehe
Thanks Liza,sedap dan menyelerakan...
Wsalam Wattie..meekasih..lembut walaupun berat..tapi sedap jugak dimakan..