Rabu, 30 November 2011

Dragon Fruit Cake

Salam manis kepada semua yang sudi singgah ke dapur Rahel..harap semua sihat dan  ceria  selalu.Malam ni  saja lepak dalam blog  sambil tu letak  jugak entri yang tertunda ni..kek dah habis dibedal baru nak tayangkan pic..hehe.


Sebenarnya  dah berapa  hari ni plan  nak  selesaikan  tugasan yang satu ni,tapi asyik tertunda jer..faham2lah...tuan  tanah  sebok merayau-rayau  ke dapur  kawan-kawan semua...ada jer  nampak  hidangan  yang  menggiurkan.Ok...nak cite sikit bab kek yg merah2 ni..moist n  lembut tp  agak berat sikit la,tapi rasa dia memang sedap sangat..tak muak  kita makan,dan dalam  adunan kek ni  Rahel guna  dragon fruit yang isi dia putih,so Rahel tambahkan sedikit pewarna merah...


Oklah teman-teman..jika berkenan dengan dragon fruit cake ni,bolehlah intai2 resepi kat bawah tu ye..tak susah buatnya..senang dan sedap..


Dragon Fruit Cake

Bahan:
180g isi buah dragon
1/2 cawan susu cair
3/4 cawan gula pasir
1 1/4 cawan tepung gandum*
1 1/4 sudu teh baking powder*
1/2 sudu teh soda bikarbonat*
2 biji telur saiz B
1/4 cawan minyak masak

Cara:
1.Panaskan ketuhar pada suhu 170'C,alas loyang 7" dengan baking paper.
2.Satukan susu cair dan isi buah dragon dan blender hingga halus.
3.Tuangkan ke dalam mangkuk,kemudian tambahkan gula,minyak masak &
   telur,gaul hingga sebati.
4.Ayakkan tepung gandum,bkg powder,soda bikarbonat ke dalam bancuhan
   telur sambil digaul rata.
5.Tuang ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170'C selama 30-35 minit atau
   sehingga masak.

p/s:
    *Rahel bakar dalam loyang segi kerana ingin mendapatkan kek yang nipis.


Selamat menjamu mata..daaaa...

5 ulasan:

  1. Rahel....nampak moist je kek ni...mesti sedap kan...kak cek amik dulu resepi...tq kongsi2...:)

    BalasPadam
  2. salam rahel....bestnya kek dragon ni, nmpk pun dah tau sodappp...pandai rahel...

    BalasPadam
  3. Salam Rahel,
    Wah....lembut dan cantik sangat nampaknya kek ni, sayang rasanya nak makan

    BalasPadam
  4. Iyo Kak Cek...moist kek ni..tapi berat sikitlah texture dia..tapi tetap sedap rasa dia...cuba jgn tak cuba..


    jemput makan kek dZana..hehe


    Thanks Liza,sedap dan menyelerakan...


    Wsalam Wattie..meekasih..lembut walaupun berat..tapi sedap jugak dimakan..

    BalasPadam